BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tentera curi Steyr didakwa

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_08.1.jpg


MOHD. SYAZWAN dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu atas tuduhan mencuri senapang jenis Steyr semalam.

KOTA BHARU – Seorang anggota tentera berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri senjata di pos pengawal pintu hadapan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini pada Mac lalu.

Tertuduh, Mohd. Syazwan Ibrahim, 27, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Tertuduh yang beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur itu dituduh mencuri senapang jenis Steyr AUG di pintu hadapan kem berkenaan pada pukul 11.20 malam, 28 Mac lalu.

Dia turut didakwa melarikan satu kelopak peluru mengandungi 20 butir peluru hidup jenis 5.56mm bernombor SME 8-98 di situ.

Mohd. Syazwan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 
tak bicara di mahkamah tentera?



Kalau kat Switzerland, setiap rakyat lelaki wajib ikut Khidmat Negara (real punya, bukan macam Najib punya).

Lepas tamat perkhidmatan, senjata yang diorang guna akan dihadiahkan kepada setiap peserta.

So kat setiap rumah di Switzerland akan ada senapang tempur.
 
aduh..wat malu askar je...
 
Back
Top
Log in Register