BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tentera AS bakar Quran .

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
KABUL - AFGHANISTAN. Ribuan penduduk mengadakan tunjuk perasaan mengecam tindakan biadab tentera Amerika Syarikat (AS) yang membakar Al Quran dan menyerbu sebuah masjid di barat daya Afghanistan.

Pegawai keselamatan berkata, tindakan kurang ajar tentera AS itu mencetuskan kemarahan hingga menyebabkan sebilangan besar penunjuk perasaan berhimpun membakar poster dan bendera Presiden Barack Obama serta melaungkan slogan anti Amerika di sepanjang jalan dari Kabul ke Kandahar di Wilayah Wardak, semalam.

“Ini bukan kali pertama tentera AS membakar al-Quran. Sejak kebelakangan ini, mereka kerap membakar salinan kitab suci itu dan membakar poster pegawai tertinggi Afghanistan,” katanya.

Sebelum ini, laporan dipetik Al Arabiya, Washington berjanji mengeluarkan semua askar mereka dari Afghanistan mulai 2014 bagaimanapun, perjanjian itu terbatal selepas kedua-dua negara bersetuju menandatangani satu perkongsian strategik yang hanya akan berakhir hujung tahun ini.
 
apahal US army berlagak gangster di negara orang ni? Masuk tpt org, respeklah penduduk tempatan.

Apa benefit dapat pada US Army kalau bakar Quran ni? Saja berlaku kurang ajar
 
Ini merupakan salah satu konspirasi dan propaganda mereka untuk terus menjarah negara Afganistan ...
 
Banyak tentera US berasal dari negeri-negeri Redneck atau Bible Belt di US. Mereka ini sangat fanatik dengan patriotisme dan kebanyakkannya anti Obama, lebih menyokong kepimpinan Bush yang lebih kurang redneck juga.

Jadi tak hairan kalau tindakan mereka begini.
 
biadap sungguh.
xpe kau bermegah lah dgn membakar ayat suci kami.
di akhirat nanti kami pula bermegah melihat kau di bakar dalam neraka.
 
Back
Top
Log in Register