BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tengah kahwin pun sempat COD barang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,487
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,487
Reaction score
321
Points
141
geli-barang-1.jpg

Tangkap layar video menunjukkan pekerja itu sedang menunggu pengantin lelaki selesai bergambar dengan isterinya. - TikTok

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia bertukar kecoh apabila ‘diserbu’ seorang pekerja kurier yang ingin menghantar barang dipesan secara online oleh pengantin lelaki, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @zakwa35 menunjukkan pekerja itu memakai baju syarikat kurier J&T Express.

Dia dilihat menikmati makanan sambil menunggu pengantin lelaki bergambar dengan pengantin perampuan di atas pelamin.

Pekerja itu terpaksa menunggu sehingga pengantin lelaki selesai membuat bayaran tunai.

Rakaman itu mencatatkan lebih 715,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Bukan salah kurier, salah pembeli,” kata seorang netizen.

“Lain kali bayar terus, jangan ‘COD’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register