BTC USD 82,958.7 Gold USD 4,114.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tempoh sebulan haramkan arak

yustaiping2

Active+ Member
Messages
2,670
Joined
Apr 7, 2008
Messages
2,670
Reaction score
42
Points
40
Tempoh sebulan haramkan arak
Oleh Khairul Azran Hussin
[email protected]








KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat memberi tempoh sebulan kepada Kerajaan Selangor untuk mengharamkan minuman keras di kawasan majoriti Islam.

Sambil memberi amaran tindakan susulan lebih tegas akan diambil jika tuntutan itu tidak dilaksanakan, Ketuanya, Nasruddin Hassan, berkata satu memorandum sudah dihantar kepada Kerajaan Selangor berhubungnya.

“Satu memorandum sudah dihantar menerusi Dewan Pemuda Pas Selangor kepada Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu berhubung tuntutan itu.

“Pihak kami akan memantau perkembangan yang berlaku dan jika dalam tempoh itu tiada apa-apa tindakan diambil Kerajaan Selangor, Pemuda Pas tidak akan teragak-agak untuk membuat tindakan susulan lebih tegas,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menolak cadangan Pas negeri yang meminta kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam.

Sebagai alternatif, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan peniaga mengguna pakai sistem kawalan sendiri dengan tidak menjual minuman keras kepada orang Islam dan mereka di bawah umur.

Pas sebelum itu mengemukakan draf peraturan penjualan minuman keras untuk diguna pakai di semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu bagi mengawal penjualan arak kepada orang Islam dan mereka di bawah umur.

Antara kandungan draf itu ialah tidak membenarkan kedai serbaneka menjual minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam seperti di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

Ditanya apakah bentuk tindakan tegas akan diambil jika tuntutan itu tidak dipenuhi, Nasruddin berkata, masih terlalu awal untuk menjelaskan bentuk tindakan yang akan diambil pihaknya.

“Saya berharap Kerajaan Selangor melihat kejayaan Kerajaan Kelantan berhubung peraturan menjual minuman keras. Pas bukannya menghalang ia dijual tetapi biarlah mengikut polisi dan peraturan tertentu.

“Di Kelantan, minuman dilarang dijual di kawasan yang majoriti Islam dan kalau hendak diminum, hendaklah di tempat tertutup. Jika kita tengok, masyarakat bukan Islam di sana (Kelantan) dapat menerimanya,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan parti berkenaan memerlukan sedikit masa sebelum dapat melaksanakan pelbagai peraturan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam.

“Kami (Pakatan Rakyat) baru saja memerintah, sudah tentu berlaku banyak pendapat yang kadang-kadang bertentangan. Walau apapun, beri kami masa, akan banyak perkara yang dapat dipersetujui dan dilakukan bersama,” katanya.


...................................................

disebabkan bar memerintahlah arak dimaafkan...
reason yang xboleh diterima...

kenapa perlu sebulan, dalam sebulan bergelen2 air setan dijual merata2...
dalam ceramah berapi2, depan DAp pijak semut pon xmati....
 
sebulan?...hmmm #:-S
 
Kita di suruh tegakkan yg baik & tegah yg mungkar. Langkah yg di ambil ni satu kebaikan yg perlu tindakan bijaksana, bukan serang membabibuta. Sokongla kebaikan.

Kalau 50 tahun tak buat apa2, bukankah itu mendorong kemungkaran!. Bukan kah kita di suruh tegah kemungkaran??? Nak suruh jadi macam UMNO duduk diam, memang mudah, selesa, & memang masyuk, tapi inikah yg di suruh????
 
lebih 50 tahun perintah pon wak dekkkk jerr...
 
nak minta kerjasama utk buat benda baik pun susah.. ingatkan org Islam nak tlg.. rupanya hentam lagi ada..... wakakakakakakakakaaa...

sabar jerlaaaa....
 
kalo sebulan tu dh kira cepat la tuh.
mcmne plak dengan UMNO yg nak perjuangkan Islam sangat tu.Memerintah dh dekat 50 tahun tp takde plak nak sibuk2 pasal penjualan arak secara terbuka.
Nak ty sket ni ha...penjualan arak di 7E dan tempat2 terbuka ni bermula dari kerajaan sape ek?so, jgn nak salahkan PAS yg bg masa sebulan utk kerajaan selangor tu tp persoalkan apa yg UMNO buat selama 50 tahun ni??
 
Back
Top
Log in Register