BTC USD 80,415.7 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tempoh refinance rumah 10 thn?

akhir tahun lepas dah start..tuk refinance baru max bole buat 10tahun saje..ia cara bank negara nk kurangkan hutang isi rumah asyik pjg loan bila mau habis daa...n bendung spekulator yg banyak main harga rumah..susahkan yg suka main ni buat pinjaman..utk pembiayaan baru bole pjg 35thn..tapi bergantung pd kes gak n banker nk langar law or tak cz aku sempat buat refinance 500k 25tahun last nov.
 
Yang saya faham, contohnya jika loan rumah berbaki 30k nilai rumah 70k...baki loan utk dipanjangkan hanya 30k...manakala nilai 40k perlu tempoh bayaran 10tahun..

hmm.. jadinya skang loan kena bayar 10 thn ja la kan?.. isk.. blur saya.~X(
 
hmm.. jadinya skang loan kena bayar 10 thn ja la kan?.. isk.. blur saya.~X(

tambahan loan baru yg buat tu max 10tahun saja..so masak la nk bayar..tu tujuan dia
 
Hong leong 30thn... maybank plak mmg 10thn utk baki bersih refinance, kontrak lama dorg xterminate, tp payment utk refinance kna byr 10thn..jd ade dua kontrak la... juz yg kedua tu utk 10thn... yg lama, klu 30thn, still 30 thn...tu aku tau org bank ckp ms nk refinance bln puasa aritu..bsn still 30 thn..

oo.. faham faham dah. kena carik bank yg still leh buat semua 30thn lah mcm ni. bsn still boleh ka?
 
oo.. faham faham dah. kena carik bank yg still leh buat semua 30thn lah mcm ni. bsn still boleh ka?

sama dgn kes rumah yg dah habis bayar or rumah buat pakai cas n baru nak masuk finance max bole buat 10tahun je..but aku adjust dgn banker wallaa dpt 25tahun..syoik org singapor kata duit refinance park kat asb.next year monthly payment bayar dgn dividen..

kalu nak panjang jugak jual rumah kat bini kalu dia muda lg n mampu buat loan atas nama dia..
 
Hong leong 30thn... maybank plak mmg 10thn utk baki bersih refinance, kontrak lama dorg xterminate, tp payment utk refinance kna byr 10thn..jd ade dua kontrak la... juz yg kedua tu utk 10thn... yg lama, klu 30thn, still 30 thn...tu aku tau org bank ckp ms nk refinance bln puasa aritu..bsn still 30 thn..

baru call maybank tadi. dia kata yg 10 thn tu remortgage. kalau refinance.. mmg max 35 thn sehiggah umur 65 thn.

remortgage tu dia kata topup atas loan rumah sedia ada ataupun cagar rumah yg dah full payment. 2 kes ni baru kena max loan 10 thn ja.

yes!!! legaaaa!!!
 
mgkin info ni dpt bantu TT..

Semenjak BNM umumkan polisi baru berkenaan pembiayaan semula hartanah, pihak kami bertalu-talu menerima pertanyaan orang ramai. Ada yang bertanya samada ianya benar atau sekadar khabar angin, bila akan dilaksanakan dan macam-macam lagi.

Sebenarnya isu ni banyak dibincangkan di media sosial seperti facebook. Blogger pun banyak buat entri di blog masing-masing.
Polisi ini adalah arahan terbaru yang dikeluarkan BNM. Beberapa bank telah laksanakan arahan ini seperti Maybank dan CIMB. Ada juga beberapa bank yang belum laksanakan tetapi akan laksanakan dalam masa terdekat. Mungkin peringkat dalaman masih belum bersedia sepenuh.

Diringkaskan ada 2 perkara penting yang disentuh BNM.

Tempoh Maksima 35 Tahun
Perubahan tempoh maksima pembiayaan bukanlah isu besar. Ini kerana setiap bank telah praktik tempoh pembiayaan antara 30 hingga 35 tahun. Sebelum perubahan ini, tempoh maksimum adalah 45 tahun. Oleh tiada kesan yang besar kepada pembeli dan pelabur hartanah. Tempoh ini hanya untuk baki pembiayaan sahaja
Tempoh 10 Tahun Bagi Setiap Lebih Tunai

Perubahan kedua ini mungkin memberi kesan kepada orang ramai. Terutamanya bagi yang gemar mendapatkan modal tunai hasil pembiayaan semula hartanah. Dengan perubahan ini, orang ramai masih boleh mendapatkan lebihan tunai daripada pembiayaan semula rumah tetapi bayaran bulanan akan menjadi lebih tinggi. Ini kerana BNM menetapkan tempoh maksima bagi lebih tunai adalah 10 tahun sahaja. Dari 30 tahun dipendekkan ke 10 tahun. Perubahan ini amat dirasai bagi yang mendapatkan lebih tunai yang banyak.

Contoh
Sila rujuk contoh di bawah
Baki pembiayaan = RM 200,000
Pembiayaan Baru = RM 300,000
maka selepas pembiayaan semula, dapat Lebihan Tunai = RM 100,000 (300k – 200k)

Pembiayaan yang baru bagi RM 200k akan mendapat tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun manakala lebihan tunai RM 100k hanya 10 tahun sahaja.

Apa pun arahan baru ini tidak menghalang pembiayaan semula hartanah. BNM cuma ketatkan beberapa peluang bagi mendapatkan lebihan tunai sebab hutang isi rumah yang makin bertambah. Apabila gelanggang berubah maka strategi pun perlu berubah. Oleh itu lebih tunai masih boleh diperolehi cuma ambil sekadarnya berdasarkan keperluan. Sebab kalau ambil tinggi sangat, maka bayaran bulan pun tinggi juga.
 
10 tahun tu kalau kita amik cash dari refinance
let say current loan 200k, harga rmh masa refinance 300k
200k tu guna utk setel loan lama, lagi 100k kita amik cash
200k tu kena byr 30/25 thn, yg 100k cash tu kena byr balik dlm tempoh 10 thn

itu ikut kepahaman aku la
 
Based on tanya org bank:

10 thn tu utk chck komitmen kte lepas atau tidak. Jika lepas so installment utk amaun cash tu boeh loan max up to 35 tahun.
 
Back
Top
Log in Register