BTC USD 85,307.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tempat tidur Rasulullah SAW

mr.dede

Legendary Member
gem
Messages
11,499
Joined
Dec 1, 2010
Messages
11,499
Reaction score
228
Points
123
Aisyah RA meriwayatkan,
"Sungguh, tempat tidur Rasulullah SAW, terbuat dari kulit binatang yang diisi dengan sabut."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad).



Muhammad bin Ali bin Hussain meriwayatkan,
"Seseorang bertanya kepada Aisyah, 'Seperti apa tempat tidur Rasulullah SAW di rumah mu?'. Ia menjawab, 'Terbuat dari kulit yang diisi dengan sabut.'."



"Seseorang bertanya pada Hafshah, 'Seperti apa tempat tidur Rasulullah SAW di rumah mu?'. Ia menjawab, 'Kain mori yang kami lipat dua kali, hingga beliau tidur diatasnya. Pada suatu malam, saya beranggapan bahawa jika saya melipatnya empat kali, nescaya tempat tidur itu menjadi lebih empuk. Maka, kami pun melipatnya empat kali. Namun, saat terbangun, beliau bertanya, 'Apa yang kalian sediakan untuk tempat tidurku tadi malam? Kami menjawab, 'Itu memang tempat tidur engkau, hanya saja kami melipatnya empat kali supaya lebih empuk.' Maka Rasulullah SAW bersabda, 'Kembalikanlah seperti semula! Kerana keempukannya telah menghalangiku untuk melaksanakan solat malam.'."
 
adakah pemimpin kita sanggup tidur ditempat tdr sperti rasulallh...
 
sanggup..tak kisah pun..asal dapat lelap mata,rehat badan.
 
kita ni bukan taraf para nabi dan rasul.
kisah nabi ni kita amek buat pengajaran.
at least kita kenal nabi kita cmna.
bila kenal baru mari rasa syg.
 
mmg betul kalau tidur katil empuk susah nk bangun..kalau tidur alas tikar senanng nk bangun
 
untuk sesape yg blom kenal, Hafshah binti Umar bin Khattab merupakan slh sorg isteri Rasulullah SAW
 
Back
Top
Log in Register