BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tempat proses makanan ada tahi kucing

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Pemeriksaan dilakukan pegawai Jabatan Kesihatan di sebuah premis memproses makanan.
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Lima premis memproses makanan diarah tutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang kerana didapati gagal mematuhi peraturan kebersihan dalam Ops Bersih 2014 semalam.

Premis terbabit masing masing terletak di daerah berlainan iaitu tiga di Seberang Perai Tengah, dan dua lagi, masing-masing di Seberang Perai Utara dan Timur Laut.

Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang, Ku Nafisah Ku Ariffin berkata, operasi berkenaan dilakukan bersama pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai di kelima lima daerah.

“Kita mendapati premis makanan ini tidak mengamalkan aspek kerbersihan yang sepatutnya, dua daripada premis yang diperiksa terdapat hurungan najis tikus dan kucing di kawasan memproses makanan serta barang yang digunakan diletakkan bersebelahan dengan tandas.

“Kehadiran tikus boleh mengundang pelbagai jenis penyakit malah pengabaian kebersihan juga boleh menyebabkan makanan yang diproses akan tercemar dan mengundang risiko yang tinggi terhadap pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam operasi itu juga, tiga notis perintah hadir ke mahkamah atau tawaran kompaun telah dikeluarkan kepada dua pemilik premis di Seberang Perai Selatan iaitu satu notis dibawah Peraturan 8 atas kesalahan tidak mempamer perakuan pendaftaran di premis dan satu notis bawah peraturan 11 (1) (b) menggaji pekerja yang tiada suntikan.

Katanya, satu notis di bawah Perkara 32 dikeluarkan kepada pemilik premis di Seberang Perai Tengah atas kesalahan tidak mematuhi kehendak pakaian pengendali makanan.

“Operasi seperti ini akan terus dilaksanakan dua kali seminggu untuk memperkasakan lagi program unit keselamatan dan kualiti makanan.

“Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan premis makanan di negeri ini dalam usaha untuk menjadikan premis di negeri ini sebagai premis yang bersih,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/tempat-proses-makanan-ada-tahi-kucing-1.315770
 
jijiknya.

bila melibatkan penyediaan makanan, memang sensitif kalau ada najis /kotoran berdekatan
 
kotor betul..

tak tahu ke kebersihankan keutamaan kita..
 
bgtau la proses apa..
napa nk selindung..smpai bila2 x kan setel..
toke kilang x takut punya..

pantau pun bermusim...pstu wat blik..
yg teruk...kita pengguna yg x tau
 
Back
Top
Log in Register