TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Renault Koleos
Renault Koleos kini menerima penambahbaikan dari segi gaya luaran dan peningkatan pada ruang dalamannya bagi menjadikannya SUV paling luas serta selesa dalam kelasnya.
Model baharu ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Renault Koleos dan Koleos Signature.
Walaupun dimensinya masih sama seperti sebelumnya, rekaan luaran kini kelihatan lebih agresif dan maskular.
Kedua-dua varian itu juga dipasang dengan lampu utama LED Pure Vision.
Selain itu, ia didatangkan bampar hadapan baharu dengan kemasan krom yang panjang sehingga ke bahagian lampu kabus pada kedua-dua sisi bersama kemasan dua tona.
Bampar belakang pula lebih menyerlah dengan krom tambahan dan kemasan dua tona.
Renault Koleos ditawarkan dengan pilihan warna baharu seperti hitam (Amethyst Black), merah (Millesime Red) dan perak (Ultra Silver), di samping warna sedia ada iaitu putih (Universal White) dan hitam metalik (Black Metallic).
Selesa dan mewah
Kedua-dua varian itu kini dilengkapi pintu belakang bebas tangan yang memudahkan pemandu, malah bagi penumpang pula, tempat duduk belakang juga didatangkan dengan ciri dua konfigurasi boleh laras untuk memberi lebih keselesaan.
Menyerlahkan ciri premium adalah bumbung suria panoramik elektrik memberikan sentuhan premium, sekali gus meningkatkan ambien dalaman kabin (varian Koleos Signature saja).
Renault Koleos masih menggunakan enjin petrol 2.5 liter yang dipadankan bersama transmisi automatik X-Tronic CVT untuk prestasi lebih baik dan pemanduan yang menyeronokkan, selain tidak berkompromi dengan penggunaan bahan api yang optimum.
Enjin yang efisien itu mampu menjanjikan kuasa maksimum 171PS dan tork puncak 226Nm, selain menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan iaitu 8.1 liter bagi setiap 100 kilometer.
Renault Koleos baharu ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM179,888 bagi varian Koleos dan RM189,888 untuk Koleos Signature.
Info:
Renault Koleos
* Harga atas jalan tanpa insurans varian Koleos RM179,888
* Harga atas jalan tanpa insurans varian Koleos Signature RM189,888
Tempahan Renault Koleos
TC Euro Cars, pemegang francais tunggal Renault di Malaysia menawarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium segmen D, Renault Koleos yang kini dibuka untuk tempahan.