BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tembak lantai tanda amaran

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
tembakkk_1546869263.jpg

ANGGOTA polis memeriksa kedai runcit yang disamun dua lelaki bersenjatakan pistol di Jalan Desa Kundang 2, Rawang, hari ini. FOTO ihsan polis.





PEMILIK kedai runcit berdepan detik cemas selepas disamun dua penjenayah bersenjatakan pistol di Jalan Desa Kundang 2, Rawang, hari ini.

Dalam kejadian 4.50 petang itu, dua penjenayah berkenaan melepaskan satu das tembakan ke bahagian lantai kedai terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dua suspek berkenaan memakai topeng dan masuk ke kedai berkenaan sebelum melepaskan tembakan amaran.

“Suspek kemudian merampas wang RM2,600 dari kaunter terbabit sebelum melarikan diri menggunakan kereta Perodua Myvi.

“Semakan ke atas nombor pendaftaran kenderaan terbabit mendapati ia palsu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Samsor berkata, pihaknya kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes berkenaan kini giat dijalankan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/409619/tembak-lantai-tanda-amaran







.
 
2600 pun pkai pistol..plis dtg mati ktak..
 
Ya bang. Masuk sungai choh dah daerah Hulu Selangor.

oo ok2.. tq info.. jauh juga gombak ke rawang ni tu yg bertnya.. :D .. maafkan saya.. dah lama x balik malaysia :))
 
sy cuma pelik mcm mana skrg ni sng betul drg ada pistol...
penguatkuasaan kat sempadan lemah ke... ada kedai tawar khidmat sewa pistol ke ...
atau dah mmg ada jual kat pasar malam? :-?
 
sy cuma pelik mcm mana skrg ni sng betul drg ada pistol...
penguatkuasaan kat sempadan lemah ke... ada kedai tawar khidmat sewa pistol ke ...
atau dah mmg ada jual kat pasar malam? :-?

rasanya barang pistol tu lerai2kan.
 
Back
Top
Log in Register