BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tembak kepala aje mudah

prince_smile

Active+ Member
Messages
2,831
Joined
Apr 30, 2010
Messages
2,831
Reaction score
49
Points
30
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
[email protected]
LAHAD DATU 6 April - Pasukan keselamatan kini menyasarkan kepala musuh untuk ditembak jika berlaku sebarang pertempuran bagi memastikan mereka terbunuh.

Sumber memberitahu, tindakan itu diambil setelah menerima 'pengajaran' sebelum ini apabila kebanyakan pengganas termasuk wanita masih hidup biarpun beberapa kali ditembak pada anggota badan.

"Ada di antara mereka yang jatuh akibat ditembak di badan tetapi bangun semula dan melarikan diri. Ada pula yang langsung tidak jatuh dan mampu melarikan diri seperti biasa.

"Jalan terbaik untuk menghalang mereka daripada mara atau melepaskan diri ialah dengan menembak di kepala bagi memastikan mereka terus mati," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Beliau menambah, pernah berlaku seorang pengganas wanita langsung tidak tercedera biar pun ditembak berkali-kali ketika bersembunyi di salah sebuah rumah penduduk di situ.

"Bagaimanapun, disebabkan keadaannya yang lemah kerana tidak mempunyai makanan, wanita itu tidak dapat melarikan diri dan berjaya ditahan pasukan keselamatan," ujarnya.

Sumber itu mendedahkan, pihak keselamatan turut giat mencari senjata disembunyikan pihak musuh selepas ada yang menyamar sebagai penduduk tempatan.

"Pengganas Kiram hanya menggunakan senjata lama seperti rifel garand dan senjata buatan sendiri. Begitu pun, senjata-senjata yang dibuat sendiri itu mempunyai ketepatan yang agak tinggi kerana mereka sebenarnya cukup mahir kerana lama terlibat dalam perang gerila sebelum ini.

"Apa pun anggota keselamatan kita tidak sedikit pun gentar. Kebanyakan pengganas ketika ini masih menjadikan kediaman penduduk di kawasan tertentu sebagai tempat persembunyian dan hanya mampu melarikan diri ke hutan atau ladang kelapa sawit sekiranya diserbu," ujarnya.

Dalam pada itu, prihatin dengan nasib penduduk yang menjadi mangsa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram, Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membina penempatan sementara yang lebih selesa kepada penduduk yang terjejas teruk.

Pengarah Urusan 1MDB, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, penempatan itu diharap mampu memberi lebih keselesaan kepada penduduk berbanding pusat penempatan sementara sedia ada.

"Apabila bertemu dengan kebanyakan mangsa, perkara yang sering ditanya bagaimana nasib mereka yang kehilangan rumah? Kami amat bersimpati dan sedang memikirkan cara untuk menyediakan kehidupan lebih selesa.

"Sebagai contoh, mungkin kita boleh membina rumah panjang sementara rumah mereka dibina semula. Saya sendiri akan membawa perkara ini kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku penaung yayasan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mengiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman melawat kawasan yang terjejas ekoran pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di sini baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, Sukarti diberi penghormatan oleh 1MDB untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung dan anggota pasukan keselamatan bertugas.

Mengulas mengenai bantuan diberikan, Shamsul Anwar memberitahu, pihaknya membawa 3,000 kotak makanan berisi barangan makanan asas untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa pencerobohan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dal..._07/Sasaran-tembak-kepala-musuh#ixzz2PmFlIs3I
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
macam susah je sekiranya subject berlari...

kadar % headshot terlalu kurang berbanding tembakan di kawasan yg luas seperti dada.
 
jangan bagi muka dekat pengganas ni
 
sniper jer leh buat
 
rumah air tu..patut kena roboh semuanya!!!
 
jd memang betui kata kawan aku depa semua kebal,bangun siap sapu badan buang peluru,mmg patut kena headshot,zombie dah depa semua tu..
 
pelikkan.. dah kena sasar kat badan boleh bangun lain.. ilmu apa la mereka pakai...
 
Takpa...askar dan polis kita ramai sharp shooter...Aku yakin .....
 
patut lah ramai pengganas yang bersepai kepala, rupanya kes pakai tangkal..tembak tak lut..

Pelik, kebal tapi lawan pilipin tak menang2.:-?
 
Kira mmg wujud lh ye ilmu kebal ni. Sihir kebal2 ni msh dipakai pd zaman moden ni?

Kne laungkn axan n bce ayat kursi b4 pg btempur..
 
Back
Top
Log in Register