eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Jiwa kacau, selain masalah mental dialami dipercayai menjadi punca seorang pengawal keselamatan sebuah bank melepaskan tembakan rambang dalam institusi kewangan berkenaan.
Lebih mengejutkan apabila pengawal terbabit memberi alasan melepaskan tembakan itu kerana dia diserang tiga lelaki halimunan yang gagal dikesan polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang dalam bank berkenaan.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, pengawal keselamatan berusia 44 tahun itu dikatakan melepaskan satu das tembakan mengenai siling ketika kebanyakan kakitangan bank sedang bertugas.
“Pengawal berkenaan yang baru beberapa bulan berkerja di bank di Serdang itu secara tidak sengaja menarik picu senapang pump gun berkenaan sebelum tembakan itu menggegarkan bank terbabit.
“Susulan itu, penyelia bank segera menghubungi pihak syarikat kawalan keselamatan yang menguruskan suspek selain Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk tindakan segera,” katanya.
Susulan laporan berkenaan, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebelum merampas selaras senapang pump gun milik pengawal keselamatan berkenaan.
“Ketika disoal siasat, lelaki berkenaan memberi alasan dia melepaskan tembakan ke arah sekumpulan lelaki yang cuba menyerangnya sebelum kejadian.
“Pengawal keselamatan berkenaan mendakwa dia sebelum itu dihampiri tiga lelaki tidak dikenali yang memujuknya supaya berhenti daripada melakukan pekerjaan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, suspek mendakwa tiga ‘lelaki’ tidak dikenali terbabit mengajaknya bekerja dengan mereka menyebabkan dia berasa tertekan dan keliru.
“Pada masa sama, seorang daripada ‘lelaki’ terbabit mengeluarkan besi dan cuba menyerang pengawal keselamatan berkenaan. Tindakannya itu menyebabkan pengawal berkenaan tidak mempunyai pilihan, lalu melepaskan tembakan atas alasan untuk mempertahankan diri.
“Pengawal terbabit kemudian memberitahu tiga ‘lelaki’ berkenaan melarikan diri sejurus dia melepaskan tembakan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, polis yang menahan suspek bagaimanapun meragui maklumat berkenaan apabila pemeriksaan pada rakaman CCTV bank terbabit mendapati pengawal keselamatan terbabit dalam keadaan duduk tanpa dihampiri sesiapa seperti didakwa.
“Berikutan itu, pengawal keselamatan berkenaan segera dihantar ke Hospital Serdang untuk menjalani rawatan kesihatan bagi mengenal pasti sama ada dia mengalami masalah psikologi dan mental.
“Tindakan itu terpaksa diambil berikutan suspek gagal memberikan gambaran jelas terhadap punca kejadian melepaskan tembakan berkenaan yang hampir mengenai kakitangan bank dan pelanggan,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang pernah dibuang kerja sebelum ini baru dua bulan bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan.
“Kes terbabit kini siasatan mengikut mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api kerana kesalahan kecuaian,’ katanya.