bersih dan suci....
Sekarang ni banyak kisah yg kita dengar, baca atau lihat sendiri tentang makanan yg kita makan setiap hari menimbulkan keraguan tentang kebersihan dan kesuciannya. Ini ialah kerana sikap pengusaha makanan tersebut hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan tentang kebersihan atau kesucian makanan yg mereka sediakan kerana bagi mereka perkara ini merupakan satu perkara yg menyusahkan dan akan menambahkan beban kerja kepada mereka, secara tidak langsung mereka beranggapan perkara ini boleh mengurangkan keuntungan mereka.
Adalah lebih memeranjatkan kita perkara ini dilakukan oleh pengusaha-pengusaha orang Melayu yg berugama Islam sendiri, sekiranya ianya dilakukan oleh mereka yg bukan Islam itu tidaklah menjadi kehairanan kita kerana mereka itu mungkin tahu menjaga kebersihan produk yg mereka hasilkan tetapi mereka tidak tahu menjaga kesuciannya. Maksud saya mereka tidak tahu apakah yg dimaksudkan "suci dan halal" itu. Bagi mereka setiap produk makanan yg mereka hasilkan itu jika tidak ada mengandungi daging khinzir adalah HALAL dimakan oleh orang-orang ISLAM.
Pada hemat saya inilah hakikat sebenarnya yang kita berat hendak menerimanya, kalau difikirkan banyak benda-benda/makanan yang terdapat disekeliling kita ini adalah diragui kebersihan dan kesuciannya.
Jadi siapakah yang harus kita persalahkan dan dimana silapnya?
1)Pengusaha/pengeluar produk itukah?
2)Pemerintah/Kerajaan/Pihak yang berkuasakah?
atau
3)diri kita sendiri...? Mungkin ini adalah satu bala yang diturunkan oleh Allah kepada manusia yang mengingkari perintah NYA pada akhir zaman ini..!!!
Apa komen anda....?