BTC USD 83,324.8 Gold USD 4,127.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"telekung project"

tanpanamatetapsama

Freshie
Messages
45
Joined
Nov 11, 2011
Messages
45
Reaction score
0
Points
6
MOD: Kalau salah tempat tolong alihkan ke tempat yang betul. Terima kasih.

Salam semua,

Seperti yang saya telah nyatakan di atas, di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Page Telekung Project (TP) di FB. Sedikit sebanyak info yang diambil dipage TP di sini :

Description
ALHAMDULILAH, daripada project keluarga kini THE TELEKUNG PROJECT telah menjadi suatu komuniti FB yang telah bergabung secara ukhwah 'maya' dan 'realiti'. Ia bukan lagi project anak - beranak, tetapi ia kini adalah project usaha sama sahabat - sahabat Telekung Project. Sahabat - sahabat FB daripada pelbagai sudut telah menyumbang dalam pelbagai bentuk; daripada yang asas seperti telekung hingga ke idea - idea yang menjana kesedaran. Apapun asasnya, wakaf adalah tanggungjawab kita semua dan semoga usaha ini akan berterusan..... AMIN


Apa yang boleh dilakukan untuk membantu mereka

1. Boleh derma telekung terpakai atau telekung baru untuk projek induk page TP

‎2. Boleh derma baju sekolah atau kasut sekolah atau stokin sekolah atau beg sekolah atau kapur kasut sekolah utk diberikan kepada anak-anak yatim. Date line 20 hb ni. Boleh pos kepada kami atau nak dtg hantar ke rumah kami pun boleh

3. "School Supplies For Friends" : utk ini kami tgh kumpul modal utk beli alatan sekolah utk dipack cantik2 dan diberikan kepada anak yatim dan asnaf juga

4. Pada 31 hb Dis, kami nak buat satu majlis meraikan anak-anak yatim dan asnaf, jadi boleh juga sponsor dalam bentuk kewangan atau keperluan lain, boleh contact saya utk makluman lanjut


Bagi no 3 dan 4 aktiviti ini sedang berjalan dan proses mengumpul dana dan sponsor sedang berjalan...

Bahi no 4. Setakat ini mereka telah berjaya mendapatkan sponsor untuk PA sistem. Bagi tetamu yang nak diundang, mereka sedang menantikan persetujuan USTAZ DON BIYAJID dalam menyumbangkan tenaga untuk menjadi ikon kepada anak2 yatim dan asnaf ini.

Dan sekarang mereka sedang berusaha untuk mencari dana bagi mendapatkan bas pengangkutan untuk membawa anak2 yatim dan asnaf ini dari Klang ke Puchong pada 31hb Disember ini. Setakat ini beberapa orang telah cuba untuk mendapatkan sebutharga bagi bas yang paling murah tetapi masih tidak berjaya. So, sekarang mereka memerlukan RM500 untuk membayar kos pengangkutan dan juga makanan bagi 200 orang tetamu (anggaran). Kos bagi makanan yang ditawarkan kepada mereka adalah RM5 untuk satu kepala. Jumlah keseluruhan adalah RM1000.

Jika anda berminat untuk membantu dan memberikan sumbangan.. Terus berhubung dengan owner page itu di fan FB Telekung Project. Terakhir ini adalah print screen gambar page mereka.

387491_294729013899815_100000881578232_877134_536453586_n.jpg


P/s : Saya hanya membantu mereka dari segi ini. Saya merupakan salah seorang dari pengikut PAGE mereka. Terima kasih buat semua warga CG yang budiman. :)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Last edited:
Update pagi ni :

Dari Admin PAGE :

‎1 daripada 3 cabaran besar telah menemui jalan penyelesaian;
> Bayaran sebuah bas bernilai RM 500 telah diterima, ALHAMDULILAH (daripada tak boleh lelap mata, kini admin sedang termenung dan merenung ~hanya mampu berkata MAHA SUCI ALLAH, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MEMILIKI SEGALA KEKUASAAN......)


388225_215238765217687_188147197926844_470236_46921760_n.jpg
 
Update 10.25p.m

Dari tulisan admin di Page Telekung Project :

Matlamat Gathering:
Membina UKHUWAH, mengeratkan SILATURRAHIM dan memupuk
KASIH SAYANG sesama saudara ISLAM tanpa mengira lapisan latarbelakang dan status sosial.

Objektif Gathering:
1. Berkumpul kerana ALLAH di dalam MAJLIS AGAMA (solat dhuha, hajat, bacaan mathurat dan Doa selamat)
2. Berkumpul dan MERAIKAN KEBESARAN JASA RASULULLAH SAW di dalam majlis 'story telling' sirah Rasulullah.
3. Memupuk semangat PRIHATIN dan KESEDARAN terhadap insan-insan yang memerlukan sokongan di dalam masyarakat ISLAM kita.
4. Menyuntik SEMANGAT POSITIF di jiwa anak-anak KITA dan bersosial secara beramal.l
5. Menanamkan KEFAHAMAN keindahan ukhwah di dalam amalan kehidupan ISLAM keseluruhan, INSYAALLAH.

tentative acara yg dirancang;
8.00 pagi - solat dhuha dan hajat oleh kariah tempat tinggal saya
sambung bacaan mathurat
9.00 pagi - bacaan doa selamat setelah anak-anak dan keluarga asnaf tiba
10.00 pagi - acara minum pagi sambil mendengar 'story telling' USTAZ DON (harap ustaz sudi)
- kemudian sambung dgn pemberian cenderamata 'kembali ke sekolah'
12.00 tgh - jamuan makan tengahari
 
Update 12.12.11 @ 11.55a.m

Dari tulisan admin di Page Telekung Project :

♥ ♥ ♥ FUND PROJECT; SCHOOL SUPPLIES FOR FRIENDS ♥ ♥ ♥
Current status = RM 1500.00
Dateline to collect and finalize total funding = 15th DECEMBER 2011 (3 hari lagi)

Selepas 15hb, admin akan kira daripada tabung yang terkumpul, berapa banyak gifts pack yg dapat dihasilkan utk diberikan pada anak-anak KITA ketika majlis gathering dan yang 'di luar' sana.... INSYAALLAH. lebih banyak sumbangan, lebih banyak gift pack yg dapat dihasilkan utk dihantar ke anak-anak yang memerlukan walaupun di luar lembah klang. InsyaALLAH

391130_215781438496753_188147197926844_471729_1465745417_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register