BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Telegram Perkenalkan Live Stories - Siaran Langsung Dalam Stories

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Telegram telah mengumumkan kemas kini baharu yang memperkenalkan beberapa ciri menarik untuk pengguna. Antara yang menjadi tumpuan utama ialah Live Stories iaitu fungsi yang membolehkan setiap pengguna menyiarkan siaran langsung dalam Telegram Stories bagi berkongsi pengalaman secara masa nyata. Dalam siaran tersebut, kenalan juga boleh meninggalkan komen seperti dalam panggilan kumpulan, malah mesej mereka boleh diketengahkan dengan menggunakan Stars sebagai tanda sokongan kepada pencipta kandungan. Selain itu, Live Stories boleh disiarkan daripada akaun peribadi, kumpulan atau saluran dan masih mengekalkan kawalan keselamatan yang sama seperti Stories biasa.​

1763628413657.png

Selain itu, Telegram memperkenalkan fungsi Repeated Messages yang membolehkan mesej berjadual diulang pada selang masa tertentu sama ada setiap hari ataupun beberapa kali sebulan. Melalui ciri ini, pengguna boleh mengatur tugasan harian secara automatik serta membentuk rutin baharu dengan lebih konsisten. Telegram turut memperbaharui antaramuka pada iOS dan Android. Di iOS, aplikasi kini menampilkan lebih banyak antaramuka Liquid Glass pada profil, menu tetapan serta menu lampiran dengan animasi yang lebih efisien. Sementara itu, versi Android menampilkan ruang input minimalis dengan kesan kabur untuk pengalaman menatal yang lebih lancar. Pastikan aplikasi anda dikemas kini agar dapat menikmati ciri terbaharu ini.​
 
Back
Top
Log in Register