BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Telefon 'Flagship' Terbaik Untuk Tahun 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Penghujung tahun 2025 akhirnya tiba. Terdapat pelbagai model telefon pintar dengan fokus yang berbeza dikeluarkan pada tahun ini. Mahupun begitu, hanya beberapa model sahaja yang boleh dikategorikan sebagai flagship terbaik. Ini dia senarai telefon pintar flagship terbaik untuk tahun 2025.

OPPO Find X9 Pro​

OPPO-Find-X9-Pro-1.png


Ada sebabnya kenapa telefon ini dinobatkan sebagai Phone of The Year. Seperti yang kita tahu, kemampuan kameranya tidak lagi boleh disangkal. Prestasi kamera telefon ini merupakan prestasi paling kompetitif setakat ini. Bukan sahaja kamera, prestasi telefon ini sendiri sangat memuaskan dari segi hayat bateri sehinggalah skrin. Cumanya OPPO Find X9 Pro ini, harganya sedikit tinggi berbanding model lain dalam senarai ini.​
 

Vivo X300

vivo-x300-1.jpg


Telefon ini pula menawarkan harga yang bersesesuaian dengan kamera dan prestasi yang ditampilkan. Dipadankan pula dengan OriginOS yang stabil, vivo X300 ini mampu memberikan ekosistem kerja yang lancar kepada pengguna. Telefon pintar ini merupakan bukti bahawa pengalaman flagship kini boleh didapatkan pada harga yang mampu milik.
 

RedMagic 11 Pro

redmagic-11-pro.jpg


Telefon pintar ini merupakan telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai sistem penyejukkan cecair terbina dalam menjadikannya sesuai untuk gaming. Rekaan unik tanpa kamera bump dan skrin tanpa lubang kamera pula memberikan penggunaan tanpa gangguan kepada pengguna. Pengekalan audio jack pula menawarkan pengalaman permainan yang imersif. Namun, mungkin tidak menepati cita rasa segelintir pengguna kerana rekaannya yang agak boxy.
 

POCO F8 Ultra

POCO-F8-Ultra.jpg


Ini merupakan flagship paling murah pada tahun ini. Ia hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 serta skrin AMOLED. Prestasi audio dan pembesar suara telefon pintar ini boleh dikatakan yang terbaik kerana kolaborasinya dengan BOSE dan rekaannya yang didatangkan dengan subwufer. Ciri unik untuk telefon ini adalah pilihan warna Denim Blue yang menarik.
 

HONOR Magic8 Pro

HONOR-Magic8-Pro.png


Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi flagship dan ketahanan IP68, IP69 dan IP69K. HONOR Magic8 Pro ini juga mempunyai talian yang stabil. Mahupun begitu, prestasi kameranya tidak cukup setanding vivo dan OPPO. Namun, ia masih lagi sebuah telefon yang berbaloi untuk dibeli.
 
Back
Top
Log in Register