BTC USD 84,204.3 Gold USD 4,270.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying Telco 2007 - Handphone Business

Re :Program TelcoHyip2007

Salam sejahtera dan salam pengenalan..

Dikesempatan ini saya ingin mengemukan satu cadangan pelaburan di dalam bidang telekomunikasi. Iaitu satu bentuk perniagaan nyata yang melibatkan urusan jual beli dalam bentuk fizikal .Bidang telekomunikasi sekarang ini mengalami perubahan yang begitu pesat dengan teknologi terkini senantiasa dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Kepesatan teknologi telekomunikasi ini membuka banyak peluang-peluang perniagaan kepada semua ,tetapi sayangnya bilangan bumiputra yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam bidang ini masih berkurangan

Setelah mengadakan beberapa kali siri perbincangan, syarikat kami telah mendapat persetujuan dari pengilang untuk membekalkan Telefon Bimbit Jenama Nokia ( AP ) untuk kesemua jenis model terkini. Model-model lain masih dalam peringkat kajian dan perbincangan dan insyallah akan menyusul selepas Fasa pertama ini berjaya..

Mengikut persetujuan tersebut, kami harus membuat pembelian pertama berjumlah RM350,000 dan belian berikutnya berjumlah bawah RM 100,000 untuk membolehkan kami mendapatkan taraf dan harga distributor. Terdapat perbezaan antara harga distributor dan reseller/agent/dealer. Wawasan syarikat kami adalah untuk menjadi pembekal Bumiputra yang terulung dan meneroka pasaran ke seluruh negara. Syarikat beroperasi di Kuala Lumpur dan mempunyai satu outlet di Kota Bharu Kelantan. Sasaran utama kami ialah dibahagian pantai timur dahulu kerana kebanyakannya terdiri dari peniaga2 bumiputra. Fasa seterusnya kami akan kembangkan ke negeri-negeri lain.

Kajian dan servey yg telah dilakukan kebanyakan peniaga bumiputra ini mendapat bekalan dari pengedar bukan bumiputra yang menguasai sebahagian besar pasaran sekarang ini. Sebagai distributor/pengedar kami mampu menyaingi mereka dengan menawarkan harga yang kompetitif atau mungkin lebih murah lagi..

Hasrat kami adalah untuk menjadi ;

1. pembekal telefon bimbit dan kad prabayar bumiputra yang mampu menyaingi pasaran yg dikuasai oleh bukan bumiputra. .
2. bercadang membuka outlet ke setiap daerah dan negeri.
3. mengeluarkan kad IDD berjenama sendiri ( masih dalam kajian dan perbincangan dengan service provider )
4. mengintai peluang2 perniagaan dlm bidang telekomunikasi seperti broadcasting.

Sehubungan dengan itu,kami ingin menawarkan peluang pelaburan kepada semua mereka yang berminat untuk meraih keuntungan dari perniagaan ini. Berikut adalah apa yang kami tawarkan :

Nama Program : HyipTelco2007

unit pelaburan : 500 unit pelaburan ditawarkan kepada pelanggan

harga unit pelaburan : RM 300.00

tempoh pelaburan ; 15 bulan

keuntungan : antara 10% -18% sebulan

Masa tawaran : sah untuk sehingga 18hb Mac.2007 sahaja..

Belian unit pelaburan ini terhad kepada 10 unit setiap seorang .

Lain-lain keuntungan yang akan diagihkan :

1. Setiap perserta akan menerima baucer prepaid kad berjumlah rm20.00 setiap 3 bulan sekali.

1 - 3 unit pelaburan layak menerima 1 baucer prepaid bernilai rm 20.00
4 - 6 unit pelaburan layak menerima 2 baucer prepaid bernilai rm 20.00
7 - 10 unit pelaburan layak menerima 3 baucer prepaid bernilai rm 20.00

2. Setiap peserta layak membeli telefon bimbit pada harga kos untuk 2 unit sekali sahaja.

3. Setiap peserta layak membeli telefon bimbit pada harga reseller tanpa had.

4. Setiap perserta akan menerima 0.5% -1.00 % berdasarkan keuntungan tahunan syarikat setelah pengiraan Penyata Kewangan Syarikat selesai.

5. Modal akan dikembalikan 90 % selepas habis tempoh pengiraan Penyata Kewangan Syarikat .

Berikut adalah ilustrasi pengiraan keuntungan dari pelaburan anda.

1. Katakan anda membeli 5 unit pelaburan berjumlah rm 1500.00

katakan keuntungan sebulan yg anda dpt ialah 15 % = rm 225.00
rm 225.00 x 15 bulan = rm 3,375.00

Prepaid kad yg anda dpt rm30/setiap 3 bulan = rm 20 x 2 x 5 (15 bulan )= rm 200.00

katakan jum. keuntungan syarikat ialah rm 100,000 = rm 100,000 x 1 % = rm 1,000.00

Keuntungan anda = rm 4.575.00

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghantar email ke : [email protected] dengan memberikan butir-butir peribadi anda seperti berikut:

1. nama dan alamat terkini
2. no k/p ;
3, akaun bank
4. no telefon rumah/telefon bimbit.
5. nama,ic no dan akaun bank pewaris serta no telefon yg boleh dihubungi.

Maklumat tersebut perlu untuk menyediakan surat perjanjian setelah persetujuan dibuat bersama-sama bayaran ke atas unit pelaburan yg telah anda beli.

Harapan kami agar mendapat perhatian dan minat dari anda semua dalam menepati usaha kerajaan untuk melahirkan usahawam telekomunikasi bumiputra yang berjaya.

Sekian terima kasih,

Yang benar
Bersama Membangun Ekonomi Ummah.



Joemill



Setelah beberapa cadangan yg diajukan maka saya bersetuju membuat sedikit perbahan terhadap pra-syarat prog ini..sila baca dan amati dengan betul sebelum anda bersetuju menyertai program ini

Tq
 
JM setakat ini..ada baki lagi ker:)

masih ada lagi..sapa cepat dia dapat...aku akan ke trg dan kuantan esok...sure nanti byk unit akan sold out nanti...so cepat2 book position anda..
 
masih ada lagi..sapa cepat dia dapat...aku akan ke trg dan kuantan esok...sure nanti byk unit akan sold out nanti...so cepat2 book position anda..

aku book 10 unit.:)
 
erm mcm best jerk...hehehe join byk leh dpt tepon x?
 
join jgn x joint..JM on the way to pantai timur..:)
 
nak booking gak aaa... kalau JM nyer program..wa confident abis!!!!..
 
Back
Top
Log in Register