BasicCX
Super Active Member
- Messages
- 6,223
- Joined
- Sep 8, 2008
- Messages
- 6,223
- Reaction score
- 172
- Points
- 73
Teksi penyamun
AMPANG: Seorang pemandu teksi dan penumpangnya dikesan berpura-pura bertanyakan arah jalan sebagai taktik sebelum menyamun mangsa.
Ini yang berlaku ke atas seorang lelaki yang berniat baik menunjukkan jalan kepada seorang pemandu teksi, Selasa lalu menjadi mangsa apabila dia digertak dengan parang sebelum barang berharganya dirampas.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya berada di sebuah kawasan perumahan di Ampang sebelum didatangi pemandu teksi yang membawa dua penumpang bertanyakan arah jalan kepadanya.
Menurut sumber, tanpa berprasangka buruk, mangsa kemudian menawarkan diri membawa mereka ke lokasi yang dicari pemandu teksi itu yang kononnya tersesat.
“Mangsa langsung tidak mengesyaki apa-apa kemudian meminta pemandu teksi terbabit mengekorinya.
“Sejurus tiba ke lokasi yang dituju, pemandu teksi terbabit kemudian keluar dari kenderaannya konon untuk mengucapkan terima kasih kepada mangsa,” katanya.
Menurutnya, sebaik pemandu teksi terbabit bersalaman dengan mangsa, dua penumpang yang berada dalam kenderaan itu kemudian meluru keluar dengan membawa parang.
“Kumpulan penyamun berkenaan kemudian mengacukan parang ke leher mangsa dan meminta dia menyerahkan barang berharga jika tidak mahu dicederakan.
“Mangsa yang ketakutan hanya mampu mengikut segala arahan dan menyerahkan semua barang berharga miliknya,” katanya.
Menurutnya, kumpulan terbabit dikatakan memang sudah merancang menyamun mangsa berikutan lokasi yang dicari mereka itu adalah jalan sunyi.
“Berikutan kejadian itu, mangsa membuat satu laporan polis dan hasil siasatan awal yang dijalankan semua suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an,” katanya.
-- H.Metro