BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teksi Misteri

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
KEPALA BATAS - Sebuah teksi yang tertera alamat Lembah Kelang ditinggalkan sejak lima hari lalu menimbulkan curiga penduduk kampung di sini.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Zulkifli Alias akan menyiasat daripada pelbagai sudut kenapa teksi ini ditinggalkan di kawasan kejiranan Kampung Belakang Pekan, Jalan Perak di sini.

Zulkifli berkata, sebaik dimaklumkan penduduk kampung berkaitan teksi yang ditinggalkan itu, pihaknya menunda kenderaan itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU untuk membuat pemeriksaan.

“Kita sudah membuat pemeriksaan awal di lokasi teksi ditinggalkan tetapi disebabkan kenderaan itu berkunci kita terpaksa menundanya ke balai.

“Hasil semakan rekod, kita mendapat tiada laporan polis dibuat berkaitan kehilangan kenderaan itu sama ada daripada pemandu atau pemiliknya,” katanya.

Menurutnya, kenderaan itu juga terpaksa ditahan di IPD kerana pihaknya gagal menghubungi pemilik teksi itu berikutan kawasan Lembah Kelang bercuti semalam.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang membuat laporan polis berkaitan kejadian itu, Noorazim Mohd Idris, 43, berkata, dia terpaksa mengambil tindakan itu kerana curiga dengan teksi itu yang ditinggalkan terbiar sejak lima hari lalu.

“Teksi ini didapati ditinggalkan di kawasan ini pada pagi Rabu lalu dan disebabkan terdapat kesan kemalangan baru di beberapa bahagian dan kami mensyaki ia sengaja diletakkan di sini untuk mengelak ditahan.

“Malah keadaan dalam teksi itu juga berselerak menjadikan kami bimbang jika ia digunakan dalam kegiatan jenayah,” katanya

Seorang penduduk, Taib Mahazan, 51, berkata, dia berusaha mencari pemandu teksi itu sekitar kampung.

“Sebelum membuat laporan polis saya juga meminta bantuan dan pertolongan Persatuan Teksi daerah Kepala Batas.

“Selain pemandunya tidak dikenali, teksi ini juga bukan menjadi ahli persatuan teksi kawasan di sini kerana ia didaftarkan atas nama sebuah konsortium di Lembah Kelang,” katanya.

Menurutnya, selepas mendengar dan melihat beberapa kejadian jenayah melibatkan penggunaan teksi menjadikan mereka bimbang dan mengambil tindakan memaklumkan kepada polis.
 
ni cite reka la...dalam kes ni..klu kenderaan tiada kes polis atau laporan..polis tidak akan tunda ...kenderaan akan dibiar sehingga ada orang follow up mintak PBT yang tunda...
 
malaysia da tak selamat, jenayah berleluasa #:-S
 
ni cite reka la...dalam kes ni..klu kenderaan tiada kes polis atau laporan..polis tidak akan tunda ...kenderaan akan dibiar sehingga ada orang follow up mintak PBT yang tunda...

ya betul....duluuuuuuuuu zaman aku bujang tak leh nak bayar duit kereta aku pun tinggalkan kereta kat singgora lane tepi semak...dekat 2 bulan baru aku pi amik...:D nak tau singgara lane tu tang mana? betul2 sebelah pagar balai polis jalan patani pulau pinang :)):)):)):))
 
saje tu jgn kasi semak kwsan tersebut....:))
kang dibiarkan lama jadi tukun terus...
 
bnyk gak aku jumpa keta tepi2 jln ni... yg moto pn ada.. bertahun2 duk c 2.. yg kat dlm kedai keta n kedai moto jgn duk ckp la.. hahah
 
Back
Top
Log in Register