balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Gambar kenangan mereka semasa bersekolah di SK Teruntum pda 1968-1973. Selepas berpisah hampir 42 tahun, mereka kini bertemu kembali.
< 1 / 1 >
KUANTAN – Tempoh 42 tahun berpisah dari bangku sekolah bukan satu masa yang singkat, kerana dalam situasi tersebut pelbagai pahit dan manis dilalui mereka.
Itulah situasi yang dilalui kira-kira 56 bekas murid Sekolah Rendah Kebangsaan Teruntum sesi 1968 hingga 1973 sebelum mereka bersua dalam satu majlis alumni di sekolah berkenaan.
Penganjur program ,Ramlan Mamat berkata inisiatif mengadakan perjumpaan melalui program alumni itu adalah hasil perbincangan mereka bersama setelah ingin merapatkan kembali hubungan persahabatan yang telah lama terpisah.
Katanya, kecanggihan teknologi membantu pihaknya mengenal pasti bekas murid yang terbabit sehingga beliau mampu mengumpulkan mereka semua.
“Sebelum ini kami hanya berhubung melalui Facebook dan perjumpaan tidak formal, namun kali ini kami mengadakannya dengan lebih teratur.
“Lebih bermakna, kita mengadakan perjumpaan ini di sekolah yang mula-mula kami kenal ilmu.” katanya ketika ditemui di Pantai Rekreasi Balok di sini, semalam.
Beliau menyuarakan penghargaan kepada empat guru iaitu Hadi Ismail, Saleha Sulaiman, Norlida Abdullah, Baharuddin Adam, dan Murad Hamid yang memeriahkan program itu.
“Mereka merupakan individu yang memberikan ilmu kepada kami dan hampir 42 tahun kami terpisah dan program kali ini merapatkan lagi silaturahim antara kami semua.
“Kali terakhir kami bersama empat guru ini pada sekitar tahun 1974 sebelum melangkah ke tingkat satu di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, di sini,” katanya.
Program yang berlangsung selama sehari disertai oleh keluarga alumn dengan pelbagai acara menarik diadakan seperti sukaneka yang mampu memeriahkan lagi majlis berkenaan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/teknologi-menemukan-mereka-1.379066