BTC USD 81,525.6 Gold USD 4,168.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teknik terbaik jual kerepek

tuksidang

Banned
Messages
4,972
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,972
Reaction score
463
Points
41
Semalam ada satu pasangan suami isteri ni call aku nak letak kerepek secara consignment di Kedai RM2 aku. Aku yg cadangkan pada mereka sbb tgk posting mereka dalam forum nak carik tempat untuk letak kerepek sekitar Seremban. Tapi mereka kurang arif ttg consignment basis ni. Jadi aku terangkan serba sikit. Semoga idea marketing ni boleh di guna pakai oleh semua pegedar kerepek..

Consignment basis maksudnya kita letak barang dulu di kedai dan owner kedai jual dulu. Dah jual baru mereka bayar pada kita. Cara payment di bayar pada kita - bill to bill basis (tambah stok baru ambil payment barang lama yg dah terjual). Kenapa bagus teknik consignment ni :

a) owner kedai tak terbeban menanggung risiko jika barang tak terjual. Maklum lah produk kita produk biasa yang tak de promo besar besaran di TV jadi mereka boleh test jual dulu. Tak laku mereka boleh return pada kita..

b) kita boleh letak barang kita byk2 di kedai sbb owner tak tanggung risiko. Kita boleh test semua kerepek yg kita ada. Sebaik nya bagi satu rak free (seperti gambar) pada kedai dan susun barang kita penuh satu rak. Jangan guna rak owner. Guna rak kita kerepek pun selamat tak mudah rosak. Guna rak owner nanti dia alih alihkan sbb nak letak barang dia yg lain. Rak display ni ada roda jadi boleh letak depan kaunter. Mudah orang nampak..

Murah jer..tempah kat kedai welding. Bila owner tak nak ambil kerepek kita lagi, ambil semula rak dan letak di kedai lain..

Sebaik nya packing kerepek dalam 100g untuk jual dgn harga RM2 sepeket. Anda tolak pada owner RM1.50. biar dia ambil untung 50 sen..Satu rak boleh gantung paling kurang 50 peket. Satu jenis 5 peket, dapat dispaly 10 jenis kerepek..

Teknik ni aku belajar dari syarikat jual jeruk dan kekacang. Mereka guna teknik yg sama. Satu van promosi company ni paling kurang ada 300 rak di 300 kedai. Satu hari van ni follow up 10 kedai untuk tambah stok, ganti stok dan collect payment..Kalau satu company ada 10 van? pergh....Lumayan kan?


394862_10151250924359895_711478322_n.jpg
 
harga pun penting gak..kt tempat aku xde lg ak jumpa main rm2..sume masih rm1 lagi..rase klo rm2 mmg xjalanla..tgk rm1 tu pun penuh lagi

agak2 berapa kos rak mcm tu? rm80-100?
 
boss, Jeruk madu pak ali dah ada jual ke?

aku nak consignment or supply COD jeruk madu pak ali buleh ke? tau kan jeruk madu pak ali yg popular belah utara tu? yg jeruk dia di jamin tidak batuk kalau di makan, pastu dia rendam guna apple cider dan madu (tanpa acid cuka dsbgnya), air dia buleh buat jus,buatan uslim pulak tu..

kalau buileh consignment or cod kita cityer lanjut ye..
 
boss, Jeruk madu pak ali dah ada jual ke?

aku nak consignment or supply COD jeruk madu pak ali buleh ke? tau kan jeruk madu pak ali yg popular belah utara tu? yg jeruk dia di jamin tidak batuk kalau di makan, pastu dia rendam guna apple cider dan madu (tanpa acid cuka dsbgnya), air dia buleh buat jus,buatan uslim pulak tu..

kalau buileh consignment or cod kita cityer lanjut ye..

boleh..no problem
 
Pengalaman aku berniaga kerepek sepack rm1.50- rm2.00 pada tahun 2009. time tu aku buat partime hujung minggu aje..

pagi sabtu aku loading barang penuh2 dlm van, round dlm 20 buah kedai..awal2 ada yang sanggup terima ada yang takmo..itu semua pemangkin semangat.
dlm kul 3-4 petang abis la 1 van...dapat la collection dlm rm700-rm900
Ahad pun sama..
sempat la 6 bulan aku buat..

bulan berganti bulan, kesihatan aku kurang mengizinkan..letih beb..
almaklum isnin-Jumaat aku keje kat KL. Petang Jumaat bergegas balik ke Pahang nuun. sampai kampung mak pak aku dah midnight.

sabtu pagi2 dah keluar keliling gugusan felda Jengka.

Ahad mlm balik KL semula, punn sampai rumah dah midnight Isnin pepagi dah merempuh jem..

kesimpulannya business gini memang boleh pergi, tapi kena buat fulltime..
kat Pahang ada satu group buat ni, van ada 3..setiap bulan dia akan borong kerepek drp Banting dlm 10 tan.

ko bayangkan kalo 1 kilo dia untung rm1 jerk..berapa dia dapat..selalunya keuntungan separuh atau lebih.
 
ni la keadaannya di sebelah pagi, petang bakul2 tu dah kosong

Bakul1.jpg
 
kat kg aku semua gune teknik ni...
sampai sekarang masih on, maknanye teknik ni mmg
valid r kan?
 
Back
Top
Log in Register