BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tedung selar sebalik baldi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


JERTIH - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu nyaris dipatuk ular tedung selar yang bersembunyi di bilik air rumah datuknya di Kampung Pangkalan Sentul, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku ketika remaja berkenaan masuk ke dalam bilik air untuk mandi sebelum terkejut melihat ular berbisa sebesar lengan dewasa itu yang sedang bersembunyi.

Datuk mangsa, Alias Kassim, 67, berkata, cucunya telah melangkah bahagian ekor ular tersebut sebaik memasuki bilik air itu sebelum menyedari ada ular sedang bersembunyi di sebalik baldi dan memberitahunya.

Menurutnya, dia bersyukur tiada apa berlaku terhadap cucunya dan menganggap remaja 13 tahun itu bernasib baik kerana tidak memijak ekor ular tersebut.

“Pakcik tak tahu apa jadi kalau dia terpijak ekor ular itu,” katanya.

Alias berkata, apabila memeriksa bilik air itu, dia mengenal pasti spesies ular itu adalah tedung selar berdasarkan warnanya.

“Pakcik cari penduduk kampung yang mahir tangkap ular, tapi dia tak ada di rumah. Jadi pakcik minta cucu hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Besut, Suhaimi Awang berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.45 malam memaklumkan seekor ular berada di dalam rumah di Kampung Pangkalan Sentul kira-kira dua kilometer daripada bandar Jertih.

Menurutnya, seramai dua anggota dihantar ke tempat kejadian dan mendapati reptilia berbisa itu masih berada di dalam bilik air rumah tersebut.

“Anggota kami ambil masa hampir setengah jam untuk menangkap ular sepanjang hampir empat meter itu kira-kira jam 8.20 malam.

“Meskipun anggota sudah biasa menangkap ular berbisa, mereka perlu sentiasa berhati-hati kerana sekiranya tersilap langkap boleh mengundang maut,” katanya.

Suhaimi berkata lagi, ular tedung selar itu yang terbesar ditangkap setakat mula tahun ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar jangan bertindak sendiri, sebaliknya terus menghubungi JPAM sekiranya berhadapan spesies reptilia itu kerana ia boleh mengundang padah.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tedung-selar-sebalik-baldi-1.472410
 
musim panas nih kna jaga skit..ular nak cr tempat sejuk..
 
diaroang tangkap ular ni antor gi mana? rasanya banyak dah ular kena tangkap..
 
diaroang tangkap ular ni antor gi mana? rasanya banyak dah ular kena tangkap..

Penah dengar pas tangkap, dorang akan lepas kan kat hutan mane2 jauh dr org ramai.
 
Penah dengar pas tangkap, dorang akan lepas kan kat hutan mane2 jauh dr org ramai.

biasa akan serah ke PERHILITAN... kalau kecik2 memang lepas kat hutan je.. itu pn kene pegi hutan yang jauh dari orang ramai...
 
Panjangnya ular itu. Ular tedung berbisa dan panjang 4 meter. Nasib baik ular itu tidak patuk itu pelajar. Menakutkan betul dan perlu berhati-hati walau di rumah sendiri
 
kaum wanita pula perlu berhati-hati dgn ular tedung di sebalik seluar..jangan sampai ia sembur bisa..buruk padahnya
 
Back
Top
Log in Register