BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tedung dalam almari pakaian

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Suami Rozita, Muhamad Saad Abdullah, menunjukkan ular tedung yang ditemui dalam almari rumahnya.
< 1 / 1 >
CHANGLOON - Seorang peniaga terkejut besar apabila seekor ular tedung ditemui dalam sebuah almari pakaian di kediaman mereka di Taman Pertama, di sini, kelmarin.

Rozita Ismail, 36, berkata, kehadiran tetamu tidak diundang itu disedari ketika mahu mengambil pakaian dalam almari tersebut.

“Masa buka almari itu, saya dengar bunyi pelik, kemudian nampak haiwan itu sedang mengembangkan kepalanya. Saya terus tutup almari dan beritahu suami.

“Kami kemudian bertindak menghubungi pihak bomba untuk menangkap ular tersebut. Bagaimanapun ketika anggota bomba datang, ular tersebut hilang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, usaha mencari oleh anggota bomba gagal apabila ular tedung panjang kira-kira lebih semeter itu tersebut tidak ditemui.

“Selepas bomba pulang baru kami nampak semula dan mengambil tindakan sendiri memukulnya menggunakan sebatang buluh sehingga mati,” katanya.
 
mcmana boleh masuk dalam almari ek. Jin ke tu?
 
bahaya betul nasib baik tak kena patuk.
 
Back
Top
Log in Register