BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Tecno Pova 7 5G & Pova 7 Pro Di Perkenalkan Dengan Delta Light Interface & Paparan 144Hz

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Tecno kini meluaskan barisan peranti di bawah siri Pova 7 menerusi pelancaran dua model baharu iaitu Tecno Pova 7 dan Tecno Pova 7 Pro di pasaran India. Kedua-dua peranti ini direka dengan ciri menarik khususnya menerusi penggunaan sistem Delta Light Interface.​
Ciri ini berbentuk jalur LED segi tiga yang mengelilingi modul kamera dan menyokong sehingga 104 jenis pencahayaan LED yang berbeza. Sistem ini juga boleh digunakan untuk memaparkan pemberitahuan bagi ciri seperti panggilan masuk, pemain muzik, pengecasan peranti dan permua.

Kedua-dua peranti dijana oleh cip Mediatek Dimensity 7300 Ultimate, bersama pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Dari segi perisian, Pova 7 dan Pova 7 Pro menggunakan HiOS 15 yang berasaskan sistem operasi Android 15. Perisian ini turut menyokong fungsi DeepSeek serta hadir dengan pembantu maya dikenali sebagai Ella yang boleh bantu pengguna dalam tugasan harian.​
Peranti turut dikuasai oleh bateri berkapasiti besar 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Menariknya bagi model Pova 7 Pro, terdapat juga sokongan pengecasan nirwayar 30W di mana satu kelebihan yang membezakan model ini daripada versi biasa.

Walaupun kedua-dua model ini kelihatan serupa dari segi luaran, terdapat beberapa perbezaan ketara dari segi paparan dan kamera. Tecno Pova 7 hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.78 inci menyokong resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Kecerahan maksimum yang ditawarkan adalah sehingga 900 nits. Untuk fotografi, ia dilengkapi kamera utama 50MP.

Sebaliknya, Tecno Pova 7 Pro menawarkan pengalaman yang lebih baik dengan penggunaan skrin AMOLED bersaiz 6.78 inci dengan resolusi FHD+. Paparan ini turut menyokong kadar segar semula 144Hz serta kecerahan maksimum yang mencecah sehingga 4,500 nits. Untuk kamera, model ini dilengkapi sensor utama Sony IMX682 64MP yang diiringi lensa ultralebar 8MP.​
 
Last edited:
Tecno Pova 7 Ultra Kini Rasmi - Skrin 144Hz, Cip Dimensity 8350 Ultimate & Bateri 6000mAh

Tecno
telah melancarkan siri Pova 7 secara global. Generasi baharu ini menampilkan pelbagai peningkatan menarik dari segi rekaan dan perkakasan dalaman. Selain itu, ia turut hadir dengan versi Ultra yang merupakan model paling berkuasa dalam keseluruhan siri tersebut.

Tecno Pova 7 Ultra dilengkapi cip Dimensity 8350 Ultimate, iaitu pemproses yang turut digunakan pada Infinix GT 30 Pro. Ia menampilkan bateri berkapasiti besar 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 70W, pengecasan nirwayar 30W, serta pengecasan berbalik 10W. Tecno turut menyertakan sistem penyejukan 12 lapisan untuk memastikan suhu peranti kekal terkawal.

Skrin AMOLED 6.78-inci 1.5K pula menyokong kadar segar semula 144Hz dan menawarkan kecerahan puncak mencecah 4500 nits. Sistem kamera utama terdiri daripada kombinasi 108MP + 8MP, manakala kamera hadapan menawarkan resolusi 13MP. Dari segi reka bentuk, Pova 7 Ultra diinspirasikan daripada konsep kapal angkasa, lengkap dengan mini LED mengelilingi modul kameranya untuk sentuhan futuristik.​
Tecno Pova 7 4G turut dilancarkan dalam acara yang sama, yang menampilkan cip Helio G100 Ultimate. Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.78 inci FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia dilengkapi sistem dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP manakala kamera hadapan 8MP. Salah satu tarikan utama ialah bateri berkapasiti besar 7,000mAh dengan pengecasan pantas 45W

Tecno turut memperkenalkan beberapa versi lain seperti Tecno Pova 7 5G dan Pova 7 Pro, namun maklumat lanjut tentang spesifikasi kedua-duanya masih disenaraikan sepenuhnya setakat ini.​
 
Last edited:
Tecno Pova 7 4G Di Tawarkan Di Malaysia Bermula Harga RM599

Tecno
memperkenalkan model baharu Pova7 untuk pasaran Malaysia dengan tumpuan pada bateri berkapasiti besar 7000mAh. Ia turut dipadankan dengan pengecasan pantas 45W untuk kelancaran penggunaan seharian.

Tecno-Pova7-4G-MY-3-950x950.webp


Peranti menggunakan paparan bersaiz 6.78 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan dijana cip Mediatek Helio G100 sebagai tunjang utama. Pengguna juga ditawarkan memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB sebagai pelengkap. Ia turut menjalankan perisian terkini HiOS 15 (Android 15) bersama pelbagai ciri berasaskan AI seperti AI Call Assistant, AI Voiceprint Noise Suppression, AI Eraser 2.0, AI Image Extender dan FreeLink Communication.

Tecno-Pova7-4G-MY2.webp


Lain-lain ciri disertakan termasuklah kamera utama 108MP +2MP, sistem audio stereo dan kalis air IP64. Peranti ini disenaraikan pada harga bermula RM599 di Malaysia.​
 
Tecno Pova7 Ultra 5G Bakal Di Lancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Tecno Malaysia dalam persediaan untuk memperkenalkan siri Pova7 5G ke pasaran tempatan susulan pelancaran versi 4G sebelum ini. Dua model dijangka hadir, iaitu Pova7 5G dan Pova7 Ultra 5G dengan peningkatan ketara dari segi rekaan serta perkakasan dalaman. Jika sama seperti sebelum ini, Pova7 Ultra 5G mungkin dilengkapi cip MediaTek Dimensity 8350 Ultimate, bateri besar 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 70W serta nirwayar 30W. Ia juga dijangka menampilkan skrin AMOLED 6.78-inci 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, serta sistem kamera utama 108MP + 8MP untuk pengalaman fotografi yang menarik.​

1753959729978.png

Sementara itu, Pova7 5G dijangka hadir dengan cip Dimensity 7300 Ultimate, skrin IPS LCD FHD+ 144Hz dan bateri 6000mAh dengan pengecasan 45W. Kedua-dua model dijangka menyasarkan pengguna yang mahukan peranti berprestasi tinggi pada harga berpatutan. Maklumat lanjut termasuk harga jualan akan diumumkan semasa pelancaran pada 8 Ogos 2025.

Sumber asal
 
Tecno Pova 7 5G & Tecno Pova 7 Ultra 5G Kini Di Jual Pada Harga Permulaan RM899

Pada minggu lepas, Tecno telah menjual peranti pintar mampu milik terbaru mereka, Tecno Pova 7 4G pada harga RM599. Pada hari ini, Tecno telah melancarkan dua lagi peranti pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Tecno Pova 7 5G dan Tecno Pova 7 Ultra 5G. Bermula dengan Tecno Pova 7 5G, peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Ultimate dengan 8GB memori terbina dan juga storan sehingga 256GB. Memori peranti ini boleh dilanjutkan sebanyak 8GB lagi melalui fungsi extended memory sebanyak 8GB lagi. Jika lebih banyak storan diperlukan, peranti ini juga mempunyai slot storan tambahan microSDXC.
1754645830744.png

Ia juga dilengkapi paparan skrin IPS LCD bersaiz 6.78 inci dengan resolusi 1080×2460 pixel dan kadar segar semula 144Hz. Dalam pada itu peranti ini menggerakkan sistem operasi Android 15 dengan antaramuka HiOS 15. Dari segi penawaran kamera pula, Tecno Pova 7 5G dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan dwi-flash dan boleh merakam video pada resolusi Full HD. Kamera swafoto pula dilengkapi dengan sensor lebar 13MP. Ia juga dilengkapi bateri gergasi 6000mAH dengan sokongan pengecasan pantas Flash Charge 45W dan pengecasan nirwayar pantas 30W. Peranti ini akan ditawarkan dalam pilihan warna Geek Black, Magic Silver dan Oasis Green.

Beralih kepada Tecno Pova Ultra 5G pula, peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8350 Ultimate dengan sehingga 12GB memori terbina, yang boleh dilanjutkan sebanyak 8GB lagi menggunakan ciri extended memory dan storan 256GB terbina. Peranti ini juga hadir dengan paparan skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan resolusi 2800 x 1260 pixel, kadar segar semula 144Hz dan nilai kecerahan 4500 nit, sesuai untuk pelbagai jenis penggunaan, samada anda menonton video ataupun sedang bermain permua kegemaran anda. Sama seperti Pova 7 5G, peranti ini juga menggerakkan sistem operasi Android 15 dengan antaramuka HiOS 15.

Dari segi kamera pula, Tecno Pova 7 Ultra 5G dilengkapi dengan sistem dwi kamera 108MP dan 8MP di bahagian belakang, manakala kamera swafoto menggunakan sensor 13MP sama seperti Tecno Pova 7 5G. Dari segi bateri, Techno Pova 7 Ultra 5G dilengkapi dengan bateri besar bersaiz 6000mAH dan digabungkan dengan teknologi pengecasan pantas Ultra Charge 70W dan pengecasan nirwayar pantas 30W. Sebagai sebuah gimik menarik, Kedua-dua peranti Tecno Pova 7 5G dan Tecno Pova 7 Ultra 5G tampil dengan sistem pencahayaan Status Light, iaitu lampu LED yang menerangi sekeliling modul kamera peranti-peranti ini, yang menandakan anda menerima mesej baru, panggilan masuk dan ketika anda sedang dalam sesi gaming.
1754645852197.png

Peranti ini akan ditawarkan dalam pilihan warna Geek White dan Geek Black. Kedua-dua peranti pintar terbaru keluaran Tecno ini akan dijual bermula hari ini pada tanda harga berikut:​
Dalam pada itu, pembelian peranti Tecno Pova 7 5G dan Tecno Pova 7 Ultra 5G juga akan hadir dengan power bank dengan fungsi pengecasan magnetik didalam kotaknya. Power bank ini hadir dengan kapasiti 6000mAH, sama seperti bateri kedua-dua peranti ini dan fungsi pengecasan nirwayar 10W.
 
Back
Top
Log in Register