Hi,
VADS (anak syarikat TM Bhd) membuka peluang kepada individu yang berminat untuk mengisi kekosongan di streamyx call centre mereka yang terletak di Menara VADS, Taman Tun Dr Ismail, Damansara. Butiran terperinci adalah seperti berikut:
Nama jawatan: Customer Service Representative (CSR)
Taraf jawatan: Kontrak
Waktu bekerja: Rotating shift basis (seawal jam 8pagi -12 tengah malam). shift akan ditentukan (3 shift) bukan 24 jam kecuali utk night team shj.
Lokasi bekerja: TTDI atau Kelana Park View (ditentukan oleh pihak VADS)
Gaji: SPM/Diploma RM 1500 & Ijazah RM 1700
Elaun (utk sume tahap pendidikan) :
Transport RM 7.29 sehari atau up to RM 200 (sebulan) jika bekerja sehingga pukul 12 mlm
Technical RM 200 (tetap)
KPI RM 300 (based on performance) - selalunya bole achieved
Shift RM 55
gaji sume nih utk entry level (untuk 6 bulan pertama)
syarat/kriteria:
SPM/Diploma/Ijazah atau yg lebih tinggi
boleh kendalikan microsoft office (word/excel)
berminat utk bekerja dlm persekitaran call centre
Language profiency: Good in Malay/Fair in english can be considered sbb CSR akan attend cust malaysia yg akan ckp omputih. Selalunya chinese.
boleh kerja shift
fresh graduates/lepas SPM ke apa ble apply janji ble faham dan ckp sesikit omputih dah kira orite.
Interview tips:
ada 3 level. 1st level 'intro your self' selama 2 minit. ckp je bahasa omputih yg simple2 janji panel paham. so dah kira orite ble lepas
2nd level panel akan kasi satu paper dlm masa 2 minit jawabla soalan eg: apa itu router? apa itu switches? apa itu broadband? apa itu LAN? terangkan apa devices yg ada pada computer? time tuh ble gak intai kawan2 sebelah
kalo dah lepas gi last level iaitu typing test.....pastikan korang ble menaip ok...senang jew
untuk makluman, kalau melayu akan di interbiu dlm BI, kalo indian atau chinese akan di interbiu dlm BM. kenapa? sbb nak tgk tahap penguasaan BM & BI korang.
Training:
calon yang layak dan diterima akan training selama 1 bulan. time tuh akan dpt basic salary jew. bila hit the floor akan dpt sume elaun yg dicakapkan.
Bonus:
Bonus ada kalau korang stay kat situ setahun. selalunya based on performance. ada senior yg dpt 4000++ tapi dia dah jadi split shift ihihih
Environment kerja: Sangatlah mementingkan disiplin kerana akan ada do's and don't yang akan diberikan. so fikirkan dulu. Jika anda merokok time break akan diberikan tetapi sangatlah limited.
Laluan kerjaya: Selepas abis kontrak 6 bulan pertama. Iklan2 jawatan utk level 2 akan di keluarkan dan pada sapa yang yakin dia perform dan bagus. Team leader akan rekemen atau korang yg sendiri kena apply. kira jawatan dalamanla....post yg ada QA, Team Leader and etc. so tak bermakna korang akan duduk kat situ jew.
pengalaman: call centre dah bersepah kat malaysia ni. sesapa yg nak cari pengalaman bolehla amik kat VADS ni. Gaji yg ditawarkan antara yang tertinggi dipasaran. kalo tak caya cuba compare yang lain. pas korang dah yakin dgn kerjaya skang ni. blehla apply kat lagi best maybe kat standard chartered kew EDS kew..HP kew dll. sbb technical helpdesk sangatlah demanding.
lagi nak tau apa? tanya kat sini...ok. saya akan cuba reply. bukan apa dulu saya kerja dgn vads. so tahula mcm mana kerja kat situ. I just bagi peluang dan tolong sesapa yang nak kerja ok. takde niat nak amik untung.
for those who interested bolehla email kepada saya resume dgn details
[email protected] dan saya akan forward pada respective person. Thanks