BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tebus resit tol dapat Touch n' Go percuma

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_10.1.jpg

ABDUL KARIM (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Mohamad Razali di Kuala Selangor semalam.

KUALA SELANGOR - Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) kini berpeluang memiliki Kad Peringatan Latar-Touch n' Go berserta nilai tambah percuma dengan cara mengumpul resit tol lebuh raya itu.

Dengan menebus 30 resit, pengguna layak menerima satu kad dengan nilai tambah RM5 manakala untuk 60 resit akan mendapat nilai tambah RM30.

Pengerusi Kuala Lumpur-Kuala Selangor Express- way Bhd. (KLSEB), Datuk Ir. Mohamad Razali Othman berkata, tawaran itu adalah bersempena pembukaan lebuh raya tersebut pada 23 Jun lalu selain mempromosi penggunaan kad Touch n' Go.

Menurutnya, kad berkenaan boleh ditebus di dua kaunter perkhidmatan pelanggan di Plaza Tol Kuang Timur dan Kuang Barat.

"Kad peringatan ini mempunyai empat jenis corak gambar berbeza dan setiap pengguna hanya layak menebus satu kad," katanya pada majlis pelancaran Kad Peringatan Latar-Touch n' Go di sini semalam.

Pada majlis tersebut, KLSEB turut menandatangani perjanjian dengan pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n' Go Sdn. Bhd. (TNGSB) bagi pelaksanaan sistem tol elektronik di lebuh raya berkenaan.

TNGSB diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Karim Md. Lassim.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLSEB, Amran Amir memberitahu, kira-kira dua juta pengguna telah menggunakan lebuh raya itu dengan purata 30,000 kenderaan sehari.
 
Dengan menebus 30 resit, pengguna layak menerima satu kad dengan nilai tambah RM5 manakala untuk 60 resit akan mendapat nilai tambah RM30.

baik kumpul 60. kekeke..
 
tak habis2 dng tol..banyak duit habis disebbkan tol..tak sanggup aku nak naik kereta..damansara-klcc 20km sejam nak sampai.+ tol lagi...naik motor 20 minit jer..tak payah bayar tol..
 
xpenah guna LATAR lg ni
 
Back
Top
Log in Register