BTC USD 81,506.8 Gold USD 4,352.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tazkirah Hari ini : Diam

stonz

Super Active Member
gem
Messages
7,125
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
7,125
Reaction score
784
Points
121
ASSALAMUALLAIKUM.....
"DIAM.."
1329699316145190471.jpg

Manusia berbicara setiap masa.Bicara yang baik akan membawa
keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya,manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan
utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk
mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan
yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan
barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW
ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA *****,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG
***** YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN
KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg
terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik.
Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd
kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Diam bukan bermakna sombong!WASSALAM.......
 
IMG_20221117_232841_573.jpg

UCAP PERKARA YANG BAIK ATAU DIAM

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia hendaklah mengucapkan perkara yang baik atau diam.”

Riwayat al-Bukhari (6018)
 
1000493120.jpg


Kata Baik atau Diam: Pilihan Mukmin

Kata-kata kita mencerminkan keperibadian dan iman, apatah lagi di era media sosial yang pantas tersebar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (HR. Al-Bukhari & Muslim).

Setiap perkataan yang dilontarkan, sama ada dalam dunia nyata atau maya, berpotensi besar memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain. Di platform media sosial, ketidakfahaman dan emosi kadangkala boleh membawa kepada kata-kata yang merosakkan.
Ingatlah, diam bukanlah tanda kelemahan, tetapi bentuk hikmah yang tinggi nilainya apabila kata-kata tidak memberi manfaat. Kita perlu berhati-hati dan mengelak daripada berbicara sembarangan yang boleh menyinggung atau mengundang fitnah.

Allah SWT mengajarkan kita untuk sentiasa menjaga lidah dan hanya menyampaikan perkara yang benar serta bermanfaat.
 
Berkata yang Benar atau Diam

Dalam Islam, berbicara tanpa ilmu adalah sesuatu yang sangat ditegah kerana ia boleh membawa kepada kesilapan, fitnah, dan kesesatan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra’, ayat 36:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًۭا

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawaban.” (Al-Isra’: 36)

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

“Cukuplah seseorang itu dianggap pendusta apabila dia menceritakan setiap apa yang dia dengar.” (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu, setiap kata yang kita ucapkan haruslah berdasarkan ilmu, kebenaran, dan kejujuran. Jika kita tidak tahu, lebih baik diam atau berkata “Wallahu a‘lam” (Allah lebih mengetahui), kerana diam dalam kejahilan lebih selamat daripada berkata sesuatu yang tidak benar.

 
Back
Top
Log in Register