balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PENGGUNAAN tayar celup tidak menepati standard boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya. – Gambar hiasan.
GENTING HIGHLANDS – Kementerian Pe*ngangkutan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memantau kilang-kilang memproses tayar celup yang tidak mematuhi piawaian.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kementeriannya tidak akan berkompromi dengan isu penggunaan tayar celup yang tidak mematuhi piawaian kerana* ia melibatkan nyawa orang ramai.
“Kita tahu penggunaan tayar celup yang tidak menepati piawaian SIRIM Bhd., amat merbahaya kepada ken*deraan dan mudah mengalami kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Tengah Hari Kumpulan Genting Sempena Sambutan Tahun Baru Cina di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm