BTC USD 84,391.4 Gold USD 4,298.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taubat (secara ringkas)

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
Seorang hakim ditanya: Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?
Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau alamatnya iaitu:

1. Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orag-orang soleh
2. Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan.
3. Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat
4. Percaya kepada jaminan Allah dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah

Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci".

Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:

1. Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya
2. Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya
3. Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu
4. Mereka selalu membantu dan mendekatinya

Manakala Allah akan memuliakannya dengan 4 perkara:

1. Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah berdosa
2. Dia dicintai oleh Allah
3. Dia dipelihara dari gangguan syaitan.
4. Dia diamankan dari rasa takut sebelum keluar daripada dunia ini
 
Last edited:
Islam tidak pernah menyuruh umatnya membuat pengakuan untuk menceritakan keaiban diri. Hanya perlu beristighfar, balik kepada Tuhan, minta ampun kepada Allah. Nescaya Allah ampunkan. Islam, seluas-luas pintu, ialah pintu taubat. Iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sehingga hari kiamat. Allah perkenankan, padahal iblis sangat derhaka. Inikan pula hambanya yang sembahyang, tak mungkin Dia tidak terima.

Manusia nak minta taubat pada Tuhan, tidak perlu isytihar diri. Nak minta keampunan pada Tuhan, tidak perlu perantaraan. Manakah agama yang lebih memberikan ruang, untuk manusia kembali kepada Tuhan. Lebih daripada apa yang diberikan Islam
 
1000358000.jpg

⭐️ HADIS HARI INI ⭐

JANGAN LENGAHKAN TAUBAT

عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

Daripada Ibnu Juraij, daripada 'Atha, dia berkata, saya mendengar Ibnu Abbas r.a berkata, saya mendengar Nabi bersabda:

"Sekiranya anak Adam itu memiliki harta sebanyak dua bukit, nescaya dia akan mengharapkan untuk mendapatkan bukit yang ketiga. Dan tidaklah perut anak Adam itu dapat dipenuhi melainkan dengan tanah. Dan Allah menerima taubat siapa saja yang bertaubat."

Hadis Riwayat Bukhari

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
Kenapa kita kurang bertaubat sedangkan kita banyak dosa?

عَنْ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: كَانَ تُعَدُّ لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺفِي المَجْلِسِ الوَاحِدِ مِائَةُ مَرَّةٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَقُومَ: «رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الغَفُورُ».

Daripada Abdullah bin Umar r.a, beliau berkata: Di dalam satu majlis, seseorang dapat mengira bahawa Rasulullah s.a.w mengucapkan sebanyak seratus kali: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengampun” sebelum baginda bangun.

[Jami’ al-Tirmizi, Abwab al-Da’wat ‘An Rasulillah s.a.w, Bab Ma Yaqul Iza Qama Min Majlisihi, no: 3434, al-Tirmizi berkata hadis hasan sahih gharib].
 
dosa itu ibarat pohon berduri
semasa pohon itu kecil kita mudah mencabutnya dengan akar skali,
tetapi jikalau kita mebiarkan sehingga besar dengan akar yang menunjang kedalam tanah, sukarlah untuk mencabutnya.
jadi bertaubat lah dengan segera, jgn delay.
ingatan untuk diri saya dan seluruh umat islam diatas muka bumi ini.
 
Back
Top
Log in Register