BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Tasauf] 7 Peringkat Nafsu

citymall

Active+ Member
Messages
4,294
Joined
Dec 13, 2013
Messages
4,294
Reaction score
481
Points
41
Salam.
znafsu.jpg


7 PERINGKAT NAFSU

(1) NAFSU AMMARAH – Nafsu di tahap paling rendah dan jahat. Yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan. Manusia yang sedemikian akan mendabik dada, kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.

(2) NAFSU LAWWAMAH – Jika pada tahap nafsu ammarah diri tidak terkilan dengan kesalahan dilakukan, bahkan megah dengan dosa, tetapi pada tahap ini diri kesal atas keterlanjuran dan kekurangannya menunaikan kewajipan.

(3) NAFSU MULHAMAH - Bagaimana rasa hati orang yang memiliki nafsu Mulhamah ini? Iaitu apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan kerana sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga.

(4) NAFSU MUTHMAINNAH - Peringkat ini tidak dapat dirasakan melainkan selepas diri merasakan damai terhadap hukum Allah dan manhajnya, ketentuan qada dan qadar (takdir), mengingati Allah dan khusyuk dalam ibadat. Malah, diri tenang menghayati konsep kehambaan diri kepada Allah, sentiasa kembali kepada Allah dan hatinya pula sejahtera daripada segala penyakit.

(5) NAFSU RADHIAH – Nafsu yang menerima dengan rela apa saja ketetapan dari Allah sama ada hukum-hakam dan syariat Allah.

(6) NAFSU MARDHIAH – Kedudukan mereka redha-meredhai, Allah redha ke atas mereka dan mereka redha kepada Allah.

(7) NAFSU KAMILAH – Nafsu yang sempurna, keinginan hanya kepada Allah semata-mata. Nafsu ini dimiliki oleh para Rasul dan Nabi.

Marilah kita bersama muhasabah diri.
Wallahu'alam...!

Oleh: Kekanda Long Saleh
 
Dalil

Kalau nak dalil Quran atau Hadis secara langsung memang tak ada susunan begitu tapi itu adalah pengalaman para ahli sufi dan guru tarikat dalam jihad mensucikan diri mengikut panduan Quran. Cuba baca buku kecil ini semoga anda beroleh pengalaman yang sama. InsyaAllah

dalil1.jpg


dalili2.jpg


Kemudian baca buku kecil ini. Pengarang yang sama.
Baca dengan hati yang terbuka dan ikhlas
InsyaAllah Tuhan akan beri cahaya petunjuk.


dalil3.jpg
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register