BTC USD 81,457.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarikh parlimen bubar

Parlimen Malaysia akan terbubar secara automatik pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran itu.

DTqCGhIVoAYVa1H.jpg

Jibun mesti suka tunggu last minute punya sampai tarikh pembubaran automatik. Sebab dia suka buat kerja last minute. :)) :)) Lepas tu tunggu 60 hari lagi baru PRU berlangsung. ~X(
 
Jibun mesti suka tunggu last minute punya sampai tarikh pembubaran automatik. Sebab dia suka buat kerja last minute. :)) :)) Lepas tu tunggu 60 hari lagi baru PRU berlangsung. ~X(

anwar bebas jun. najib xkan amik risiko
 
PRU elak CNY dan musim melawat kubur

KUALA LUMPUR – Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) telah menerima arahan untuk melakukan persiapan pilihan raya dalam tempoh tiga bulan akan datang.


Selain itu, beberapa projek kerajaan juga mula membuka tender baru-baru ini dan hasilnya dijangka dapat dinikmati rakyat pada Mac atau April depan.

Pelbagai petanda itu, menurut laporan Nanyang Siang Pau, mengukuhkan jangkaan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan mengambil tempat pada Mac atau April.

Akhbar itu melaporkan, parti komponen BN telah menerima arahan pada awal bulan ini daripada pusat supaya melaksanakan segala persiapan pilihan raya dalam tempoh tiga bulan.

“Melainkan ada perkara kecemasan, jika tidak ia akan berlaku dalam tempoh tiga bulan.

“Walaupun ia boleh diawalkan, tetapi sepatutnya selepas sambutan Tahun Baharu Cina,” kata sumber.

Sambutan Tahun Baharu Cina 2018 jatuh pada 16 Februari dan perayaan itu secara tradisinya disambut selama 15 hari iaitu berakhir dengan Chap Goh Mei pada 2 Mac.

Musim melawat kubur masyarakat Cina pula jatuh antara 26 Mac hingga 15 April dan parti pembangkang menjangkakan BN akan mengelak tarikh-tarikh ini untuk mengadakan pilihan raya.

Keadaan itu, menurut pembangkang, adalah bertujuan mengelakkan mereka yang bekerja di bandar untuk mengundi semasa mereka balik kampung untuk melawat kubur. Pengundi-pengundi di bandar dilihat sebagai lebih cenderung menyokong pembangkang.

“Mereka akan balik dari bandar ke kampung pada Tahun Baharu Cina, tarikh balik kampung seterusnya ialah untuk melawat kubur.

“Jika pilihan raya diadakan sebelum dan selepas musim melawat kubur, ramai orang bandar dijangka tidak akan balik kampung semata-mata untuk mengundi,” kata penganalisis dari pembangkang.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/...elak-tahun-baharu-cina-dan-musim-lawat-kubur/
 
Tarikh PRU-14 diramal sebelum puasa

TARIKH Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lagi menjadi teka-teki yang sukar dijawab kerana ruang yang ada iaitu antara Mac hingga Mei tahun ini, tidak memberikan julat pilihan yang besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.


Namun, sudah ada dalam kalangan mereka yang terbabit termasuk agensi media tertentu, yang mengeluarkan memo memaklumkan cuti kakitangan dibekukan berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai PRU-14. Seperti sedia maklum, musim banjir sekarang ini sudah tentu bukan masa sesuai bagi PRU-14 kerana ia akan menjejaskan kadar mereka yang sanggup keluar mengundi, sekali gus mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Mengambil iktibar daripada kesilapan lama ketika PRU pada 2008, tidak keterlaluan jika diramalkan kerajaan memerintah tidak akan membubarkan Parlimen dalam tempoh musim perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 16 Februari ini sehingga Chap Goh Meh selesai pada 2 Mac.

Rasanya ramai ingat keputusan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, membubarkan Parlimen pada hari ketujuh selepas sambutan Tahun Baru Cina walaupun ternyata adalah pantang bagi masyarakat berkenaan membuat keputusan penting seperti menentukan pucuk pimpinan negara sebelum selesai sambutan Chap Goh Meh.

Selepas itu, umat Islam akan memulakan ibadah puasa pada 17 Mei dan walaupun pernah dilakukan sebelum ini, rasanya kurang sesuai Najib membubarkan Parlimen dalam tempoh umat Islam dituntut mengurangkan dosa dan melebihkan pahala, sesuatu yang sukar dilakukan jika terpaksa berkempen.

Justeru, ruang yang munasabah bagi meramalkan PRU-14 ialah antara 2 Mac hingga 17 Mei ini, tetapi Perdana Menteri masih mempunyai pilihan untuk membiarkan Parlimen terbubar apabila tamat tempohnya pada 24 Jun ini dan seterusnya meletakkan kuasa di tangan beliau untuk merencana tarikh mengadakan PRU dalam tempoh 60 hari.

Tindakan lengah PRU

Bagaimanapun, ramai pemerhati politik berpendapat tindakan melengahkan PRU-14 mungkin memudaratkan kerajaan memerintah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diuar-uarkan sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri bila gerakan reformasi berlangsung pada 1998, dibebaskan dari penjara 9 Jun ini.

Kewibawaan Anwar dan kebijaksanaannya merencana muslihat politik bukan sesuatu yang asing bagi kita semua. Kalau sudah boleh berperanan sebagai Penasihat PKR di sebalik tirai besi, apatah lagi bila bebas kelak.

Justeru, tidak kurang juga yang kecewa kerana Najib tidak mengadakan PRU-14 dengan mengambil berkat kemenangan besar pilihan raya Sarawak, semangat sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-60 negara atau kemenangan membanggakan negara pada Sukan SEA 2107 sebelum ini.

Namun, ada juga yang berpendapat PRU selepas sambutan Chap Goh Meh mempunyai kelebihan tersendiri kerana rakyat akan mula merasai kesan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dibayar secara berperingkat mulai bulan ini, selain manfaat serta elaun kepada kakitangan awam.

Ada pula yang berkata kini masa sesuai mengadakan PRU-14 kerana senario politik semasa yang menyaksikan konflik kepemimpinan dan agihan kerusi dalam kalangan Pakatan Harapan, dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR, DAP serta Parti Amanah Negara (PAN) memberi kelebihan kepada BN.

Apa pun, pelbagai isu seperti keadaan ekonomi semasa, rungutan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pemotongan subsidi kerajaan, pengapungan harga minyak, kelemahan ringgit dan kenaikan kos sara hidup yang masih membelenggu negara akan turut menjadi faktor penentu bila PRU-14 diadakan.

Isu nasional seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atau kemelut FELDA tidak dijangka mempengaruhi sentimen pengundi yang lebih risau mengenai periuk nasi peribadi berikutan harga hartanah yang melambung, pemberhentian kerja, kekurangan peluang kerja dan peningkatan hutang isi rumah.

Kesimpulannya, munasabah bagi meramalkan PRU-14 akan diadakan dalam tempoh antara 2 Mac hingga 17 Mei, kerana masih ada ruang melakukan pembetulan atau merencana strategi sekiranya ada musibah berlaku.

Ia lebih selamat berbanding jika Perdana Menteri memilih untuk menunggu hingga jangka hayat Parlimen tamat dengan sendirinya pada 24 Jun ini dan tempoh 60 hari (hingga 24 Ogos 2018) untuk menggunakan budi bicara beliau bila mahu membubarkan Parlimen kerana masa terlalu suntuk.

Tambahan pula, sebagai peminat bola sepak, sudah tentu Najib tidak mahu fikirannya terus bercelaru dengan pemilihan Kabinet baharu (andai kata PRU-14 sudah selesai) sehingga tidak dapat menikmati dengan aman siaran bola sepak Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Russia bermula 14 Jun hingga 15 Julai ini.


https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/01/378747/tarikh-pru-14-diramal-sebelum-puasa
 
Suruhanjaya Pilihan Raya jalankan simulasi proses pengundian ketika Taklimat Pilihan Raya Petugas Media Peringkat Selangor di Shah Alam.

DUcF8dsUQAARU3T.jpg

DUcF9KBU0AA-Y1z.jpg

DUcF9oHUMAANjAP.jpg

DUcF-GLU8AALS3P.jpg
 
Saya sedang tunggu ‘ilham’ - Najib

image.jpg


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terus menjadi teka teki banyak pihak termasuk media apabila Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum membayangkan bila ia akan berlangsung.


Sambil berseloroh, Perdana Menteri berkata, beliau masih menunggu ‘petanda’ yang sesuai untuk membuat keputusan tersebut.

“Saya tidak tahu. Saya sedang menunggu ‘ilham’ untuk memikirkan bila masa yang sesuai (untuk adakan PRU-14),” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti di sini, hari ini.


http://www.utusan.com.my/berita/politik/saya-sedang-tunggu-ilham-pilih-tarikh-pru-14-najib-1.600183
 
Back
Top
Log in Register