imzza
Active+ Member
- Messages
- 4,248
- Joined
- Apr 17, 2014
- Messages
- 4,248
- Reaction score
- 59
- Points
- 45
Tarikh Penting Bulan Syaaban 2014
1 Syaaban 1435H: 30 Mei 2014
15 Syaaban 1435H: 13 Jun 2014
Malam Nisfu Syaaban: 12 Jun 2014 (Khamis): sebaik sahaja lepas waktu Maghrib
Pengertian Nisfu Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Antara Amalan Pada Malam Nisfu Syaaban
1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.
Last edited: