akecema
CG Top Poster Club

- Messages
- 34,133
Paid Membership
- Joined
- Jan 26, 2007
- Messages
- 34,133
- Reaction score
- 6,691
- Points
- 486
PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan tarif premium baharu bagi program Tarif Elektrik Hijau (GET) pada kadar 21.8 sen/kWj bermula 1 Ogos depan, naik berbanding 3.7 sen/kWj sebelum ini.
Tarif Elektrik Hijau adalah satu inisiatif strategik kerajaan dalam menawarkan bekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) bercirikan hijau dan mesra alam kepada pengguna yang berhasrat mengurangkan jejak karbon.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata penetapan kadar baharu itu berdasarkan penanda aras harga runcit bekalan elektrik hijau.
"Dengan sambutan yang menggalakkan dan pengiktirafan antarabangsa, kerajaan sedar kepentingan untuk mengekalkan keyakinan pengguna terhadap program GET.
"Oleh itu, NRECC bersama Suruhanjaya Tenaga meneliti semula pengoperasian dan prinsip asas bagi langganan program GET bagi memastikan ia selaras dengan tuntuan umum komitmen amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) diperlukan oleh syarikat korporat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Nik Nazmi bagaimanapun berkata, kadar tarif premium GET sedia ada iaitu 3.7 sen/kWj akan dikekalkan sehingga 31 Julai ini dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melakukan penyesuaian terhadap bil elektrik bagi pengguna yang terbabit.