TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Bangkai ditinggal sebelum dilapah kejam![]()
Bangkai tapir dewasa dengan kesan potongan di bahagian badan selepas diselamatkan.
JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memandang serius kes seekor tapir mati dipercayai akibat penggunaan kaedah pengendalian penyelamatan kurang sesuai dalam kejadian di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat, kira-kira 1.30 pagi semalam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tapir berkenaan dipercayai mengalami keletihan dan tertekan apabila dijerut di bahagian leher ketika diselamatkan seterusnya menyebabkan haiwan itu mati.
Katanya, orang awam tidak sepatutnya mengambil tindakan sewenang-wenangnya menyelamatkan haiwan seperti tapir yang tersenarai sebagai spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Akta 716, sebaliknya mereka perlu menghubungi PERHILITAN .
“Kematian tapir ini akan memberi kesan kepada populasi hidupan liar dihabitatnya dan atas faktor itu, kita memandang serius kes ini.
“Bagaimanapun, punca kematian akan ditentukan melalui bedah siasat yang akan dijalankan,” katanya.
Menurut Abdul Kadir, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kes itu berikutan mendapati ada bahagian badan haiwan itu iaitu kulit, telinga, kaki kanan hadapan dan belalai dipotong.
Katanya, individu mengambil bahagian hidupan itu boleh disabitkan di bawah Seksyen 68 dan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Khairul Azri
Edited: Tambahan Video bukti tapir masih hidup sebelum terjerut mati.
Edited 2: Jiran bagitau pihak PERHILITAN hanya datang ambik bangkai pada jam 10.30 pagi tadi. Tengoklah apa dah jadi pada dia...sampai hati korang buat camni..
Akibat EKVE.
Gondol hutan kaw kaw.
Tapir lari sampai ke kawasan perumahan.
Panggil JPAM dengan Bomba.
Diikatnya macam nak buat korban.
Last2 mati.
Ditinggalkan ditepi jalan.
Mati dan ditinggalkan tu satu hal..lagi hina..ada yang pegi mutilate pulak hidung dan telinga binatang tu. Nak buat mende pun tak tau..
Rakus punya manusia..manusia..manusia..
Lokasi: Batu 14, Hulu Langat
Masa: 2340 - 0130
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/276951/nasib-malang-si-tapir
APM nafi, dakwa tapir sudah dijerut dulu oleh orang ramai
ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan anggotanya menggunakan kaedah salah ketika menyelamatkan seekor tapir di Taman Desa Saujana, Batu 14, Hulu Langat malam semalam.
Sebaliknya haiwan itu didakwa sudah dijerut dan diikat dengan tali oleh orang ramai sebelum ketibaan anggota APM dan bomba.
APM dalam kenyataan dikeluarkan tadi memaklumkan satu siasatan sudah dijalankan dan pihaknya mendapati tindakan awal sudah diambil orang ramai untuk mengangkat haiwan itu yang terperangkap di dalam longkang.
Katanya, ketika anggota APM tiba, tapir itu berada dalam keadaan lemah dengan kecederaan di bahagian kepala dan badan selain bahagian leher sudah diikat dengan ketat menggunakan tali.
€"Anggota APM dan bomba yang ada ketika itu kemudian mengambil keputusan membuat sergahan dan menepuk punggung tapir itu tanpa perlu menarik ikatan pada bahagian leher.
Usaha itu berjaya dan tapir terbabit dapat dinaikkan ke atas tebing sebelum rebah di atas jalan.
Dalam kenyataan itu juga memberitahu, anggota APM dan bomba kemudian mengambil keputusan mengikat tali pada kaki tapir itu bagi memudahkan kerja memotong tali yang terikat di leher haiwan itu menggunakan alat pemotong.
Bagaimanapun sebaik berjaya memotong tali itu, anggota APM yang membuat pemeriksaan nadi mendapati haiwan itu sudah tidak bernyawa.
€"Sehubungan itu APM menegaskan bahawa keadaan tapir berkenaan sememangnya sudah tidak bermaya ketika ketibaan anggota APM ke lokasi dan anggota sudah menjalankan penugasan sebaik mungkin bagi mengelakkan lebih banyak kecederaan pada tapir itu.
"Pihak APM turut berasa hiba dengan insiden berikutan haiwan dilindungi gagal diselamatkan.
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/277014/jangan-tuduh-apm-punca-tapir-mati