konerang
Fun Poster
- Messages
- 105
- Joined
- Sep 27, 2011
- Messages
- 105
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Saya copy paste dari laman FB Ustaz Zaharuddin, moga beroleh manfaat inshaAllah.
Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'****'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : **** menyial itu syirik, **** menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah..lanjut baca di link.
Code:
http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/465-kesilapan-umat-islam-dalam-kepercayaan-a-aqidah.html
Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.