TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kuala Lumpur: Tanya tiket dapat terajang. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang juga pekerja sebuah syarikat pelancongan di ibu negara apabila dia dibelasah dua ulat tiket selepas bertanyakan tiket bas ke Kuala Kangsar, Perak dalam kejadian di Pudu Sentral, di sini, Sabtu lalu.
Ketika menceritakan semula detik sebelum dia dibelasah, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shukri, 36, memberitahu dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, dia pergi ke kaunter tiket untuk bertanyakan mengenai dua tiket bas yang hendak dibelinya ke Kuala Kangsar.
“Saya tanya kepada penjaga kaunter, namun dia tidak melayan saya. Tiba-tiba saya didatangi dua lelaki dipercayai ulat tiket yang secara kasar bertanyakan apa yang saya mahu.
“Saya memberitahu mereka saya ingin membeli dua tiket ke Kuala Kangsar untuk dua kawan saya, namun secara tiba-tiba seorang daripada lelaki itu menghalau dan memaki saya,” katanya.
Dia yang sudah bekerja selama dua tahun dengan syarikat pelancongan di ibu negara itu terus meminta penjelasan mengapa dia dilayan dengan begitu kasar, namun secara tiba-tiba dua lelaki yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu terus menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan.
Menurutnya, berikutan kejadian itu, dia mengalami kecederaan di kepala dan pinggang akibat disepak dan ditumbuk bertubi-tubi.
Katanya, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee dan berharap satu tindakan segera dapat diambil polis bagi membendung kegiatan ulat tiket yang semakin ganas memukul orang awam secara membabi buta.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata, satu siasatan menyeluruh akan dijalankan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tanyatiketdapatterajang/Article/index_html