BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangkap perompak di pusat snuker.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kuala Lumpur: Dua lelaki masing-masing berusia 30 dan 32 tahun yang aktif melakukan samun bersenjata api tumpas selepas kedua-dua suspek diberkas dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara pada 2 dan 11 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, dua suspek terbabit ditahan bersama sepucuk revolver dan 13 peluru hidup dipercayai digunakan mereka untuk melakukan samun di sekitar Kuala Lumpur.

"Berikutan tertangkapnya dua lelaki ini, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes samun menggunakan senjata api di sekitar Kuala Lumpur sejak 2011.

“Kami masih memburu seorang lagi rakan subahat suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, dalam tangkapan pertama pada 2 Oktober lalu, seorang lelaki ditahan di sebuah rumah di Setapak, di sini, bersama 12 peluru hidup serta sebuah motosikal curi.

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek membawa penahanan seorang lelaki di sebuah pusat snuker di Jalan Klang Lama di sini, pada 11 Oktober yang mana polis turut merampas revolver bersama satu peluru.

http://www.hmetro.com.my/node/2415


pestolan.transformed.jpg
 
Back
Top
Log in Register