BTC USD 81,374.9 Gold USD 4,124.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangkal besi

KUALA LUMPUR,7 MAC 2010: Sungguhpun masyarakat hari ini lebih mengenali kisah polis menerusi drama bersiri Gerak Khas dan Akademi Polis namun ramai yang terpaksa akui bahawa filem Bukit Kepong masih tiada tandingannya berdasarkan plot serta jalan ceritanya yang cukup kuat.

Bagi meneruskan legasi dan mendalami tugasan dan tanggungjawab polis era 70-an, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) telah menerbitkan Suatu Ketika..Tangkal Besi yang diarahkan Saw Teong Hin. Drama ini akan disiarkan menerusi saluran Astro Citra dalam pakej Mustika bermula 3 Mac ini.

Suatu Ketika...Tangkal Besi adalah sebuah siri yang mmenyedarkan masyarakat tentang erti pengorbanan seorang pejuang bergelar polis. Sama seperti yang kita lihat di dalam filem Bukit Kepong lakonan dan arahan Senator Dato' Jins Shamsuddin.

Malah, kalau ditanyakan apakah filem tentang polis yang masih diingati sehingga kini, sudah pasti jawapannya adalah filem Bukit Kepong yang diterbitkan pada 1981 yang turut dijayakan Datuk Yusof Haslam dan Suhana Yahya.

Manakala Astro Prima pula menyiarkan dokumentari Suatu Ketika...Sepandai-Pandai Tupai Melompat bermula 28 Februari ini (Ahad).

Tangkal Besi yang disiarkan setiap Rabu jam 9 malam ini menghiasi kempen Suatu Ketika...di Astro membariskan pelakon lelaki hebat seperti Aaron Aziz, Bront Palare, Hasnul Rahmat, Radhi Khalid, Vanidah Imran, James Lim, Alvin Wong dan pelakon baru, Muniff Isa.

Ketika pelancaran Tangkal Besi petang tadi di Carsosa Seri Negara, pengarah drama mini siri ini, Saw Teong Hin berkata drama ini bukanlah kisah benar semata tentang penjenayah Botak Chin yang popular pada Era 70-an.

"Jika dihitung, tak sampai 10% pun drama ini sama dengan kisah Botak Chin. Sebenarnya, drama ini lebih ke arah mahu berkongsi dengan penonton tentang karier polis pada era 70-an.

"Apapun, sebelum memulakan penggambaran, saya ada membuat kajian dulu tentang samseng pada era tersebut. Bagaimanapun, kos membuat drama ini tidaklah mencecah sehingga RM1 juta. Namun, kos produksi boleh digambarkan seperti membuat 4 buah filem," ujar Saw.

Saw turut menjelaskan kepala Aaron berdarah sewaktu melakukan babak mengejar pencuri dan kemalangan. Insiden itu berlaku gara-gara Aaron terhantuk pada kamera yang ada berdekatannya. Pun begitu, ia bukanlah kemalangan yang besar dan hanyalah luka kecil saja.

"Aaron hanya luka dibahagian mata dan hidung saja. Selepas letak ubat, Aaron tetap sporting dan masih mahu meneruskan shooting," kata Saw.

Apa yang menarik, drama ini melibat lebih 40 lokasi yang hampir 80% dijalankan di Perak dan hanya 20% dibuat di sekitar ibu kota. Malah, murai.com.my difahamkan, bajet untuk drama ini lebih besar berbanding drama yang sedia ada di Astro berikutan ia melibatkan pelbagai peringkat saringan.

Mengulas lanjut, Lina Tan selaku penerbit dari Red Communication berkata pihak mereka banyak mendapat kerjasama dari muzium polis. Bagaimanapun, memandangkan saiz badan Aaron tidak sama seperti saiz badan polis pada Era 70-an, mereka telah membuat kostum khas untuk pelakon berbadan sasa ini.
2252010_tangkalbesi5(a).jpg


"Kami cuma ikut jalan cerita saja. Tapi ia bukanlah cerita benar semata. Malah, lokasi yang digunakan pun bukanlah lokasi asal tempat kejadian penjenayahan tersebut. Malah, kami telah memulakan penggambaran sejak September 2009 sehinggalah Disember 2009," ujar Lina.

Bercakap mengenai pemilihan pelakon, Lina menjelaskan drama ini memang mahu menggunakan khidmat Aaron Aziz. Malah, pihak penerbitan sudah menyiapkan 3 watak untuk pelakon ini.

"Pun begitu, selepas difikir semula, Aaron lebih sesuai menjadi polis. Bagi watak Huat pula, kami casting Muniff sebanyak 3 kali.

"Walaupun dia Melayu tetapi dia mampu melakukan watak Cina dan berdialog Hokkien dengan lancar. Malah, Muniff memang sesuai dan boleh melakonkan watak tersebut dari berumur 17 tahun sehinggalah watak tersebut mencecah 30 tahun," kata Lina.

Sementara itu, drama ini turut menampilkan sebuah lagu bertajuk Ku Ingin yang dinyanyikan kumpulan Exists.
 
Back
Top
Log in Register