BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangan kanan putus dan tercampak 15 meter

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MACHANG - Seorang pemuda putus tangan kanan selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori seberat tiga tan di Kilometer 40.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 2.30 petang itu menyebabkan tangan kanan mangsa, Muhammad Ruqaimin Rusdi, 22, putus dan tercampak sejauh 15 meter manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Ab. Kadir Che Ya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.45 petang.

Menurutnya, seramai sembilan anggota bersama dengan sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi dan tiba sembilan minit kemudian untuk menyelamatkan mangsa.

"Pihak kami mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan tersebut.

"Akibat kemalangan itu, tangan kanan mangsa putus dan tercampak sejauh 15 meter daripada tempat duduknya," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Asisten Supritanden Loo Lian Lay memberitahu, berdasarkan siasatan awal pemandu kereta berkenaan dipercayai dari Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.

Katanya, kereta berkenaan dipercayai telah memasuki laluan lori yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa putus tangan sebelah kanan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia.

"Kes ini disiasat dibawah Sekyen 43 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987. Saya menyeru kepada saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan," katanya. -Bernama
 
harap dapat sambung semula tangan tue..

berhati2 semasa memandu
 
jauh gak sampai 15meter tecampak tu...harap dapat disambungkan semula.
 
betapa sakitnya pada hari berikut.....
 
Back
Top
Log in Register