BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanduk syaitan Baphomet depan Kaabah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Tanduk syaitan Baphomet depan Kaabah?
March 19, 2021
IMG-20210319-WA0024-696x391.jpg

KITA sebagai umat Islam jangan terlalu terpengaruh dengan cerita rekaan ataupun cerita khayalan yang dibawa oleh orang yang bukan ahli di bidangnya. Kita kena ada asas kita sebagai seorang Muslim. Setiap peristiwa yang akan berlaku di masa depan atau kejadian hari akhir zaman perlulah rujuk kepada al-Quran, Hadis dan para alim ulamak.
1616246230095.jpeg
Saya dapat mesej dari kawan yang bermati-matian mendakwa bahawa dunia sudah hampir kiamat. Tandanya, wujud tanduk syaitan di depan Kaabah seperti dalam gambar yang dikepilkan ini. Beliau percaya kerana rakan media sosial beliau turut mengulas Hadis Nabi S.A.W berkaitan dengan umat Islam yang sembahyang di antara dua tanduk syaitan. Ulasnya lagi, itulah tandanya berlaku akhir zaman di mana tuhan yang dipuja oleh orang kafir yang diberi nama Baphomet atau Diablo atau Lucifer The Satan dan sebagainya itu telah menguasai Kaabah. Manusia yang sedang solat dan tawaf hadapan Kaabah itulah yang digambarkan oleh Hadis Nabi S.A.W. Yakin betul beliau! Siap post dekat facebook lagi.

Advertisement

Saya pun kurang arif bab ini kerana bukan bidang saya. Saya nasihati dia, berkaitan dengan tafsir sesuatu Hadis yang mengatakan bahawa manusia solat antara dua tanduk syaitan itu perlu kita rujuk kepada ahli agama bukannya kita sendiri menafsirkannya.

Tafsiran yang berbentuk abstrak oleh al-Quran dan Hadis itu telah pun diperjelaskan oleh para alim ulamak yang Muktabar. Keyakinan kita tidak berganjak bahawa kiamat pasti akan berlaku, kemunculan Dajal akan berlaku, kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S juga jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis. Tiada keraguan dari sudut itu. Bila berlaku? Kita tidak mengetahui secara tepat. Tanda-tanda akhir zaman sudah wujud. Ya, semuanya telah diulas oleh para alim ulamak. Tidak boleh membuat andaian sendiri.

Saya ambil peluang bertanyakan kepada beberapa orang ustaz antaranya al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Taha, Prof. Dr. Basri Ibrahim, Prof Irwan Subri dari USIM, Ustaz Abdullah Bukhari dan beberapa orang lagi.

Apakah tafsir sebenar Hadis ini? Adakah matahari terbit pada dua tanduk syaitan? Lihat hadis dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ تُصَلُّوْا عِنْدَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَلاَ عِنْدَ غُرُوْبِهَا ؛ فَإِنَّهَا تَطْلُعُ وَتَغْرُبُ عَلَى قَرْنِ شَيْطَانٍ وَصَلُّوْا بَيْنَ ذَلِكَ مَا شِئْتُمْ

“Janganlah solat ketika matahari terbit dan janganlah solat ketika matahari tenggelam kerana ketika itu matahari terbit dan tenggelam di atas tanduk syaitan. Solatlah di antara itu semahu kamu.”

(Hadis Riwayat Abu Ya’la dalam musnadnya, 2/200 dan Al-Bazzar, 1/293/613. Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 314 mengatakan bahawa sanad Hadis ini Hasan)

Terdapat beberapa matan Hadis lain lagi yang menerangkan maksud sama seperti dalam Sahih Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan Makhluk, 3032. Terdapat khilaf ulamak dalam membahaskan mengenai dua tanduk syaitan itu. Menurut Imam Nawawi R.A, syaitan menghadap ke arah matahari ketika matahari keluar kerana menyembah matahari. Inilah pendapat yang paling kuat.

Persoalannya boleh ke tanduk syaitan itu wujud di depan Kaabah sebegitu? Sepakat para ustaz yang ditanya mengatakan, tidak. Dakwaan dan tafsiran disandarkan kepada Hadis itu adalah tidak betul sama sekali.

Jika mereka terus membuat dakwaan, maka mereka perlu membawa Dalil Naqli untuk mengesahkan dakwaannya. Tanpa dalil dakwaannya mesti ditolak. Secara akalnya kita pun boleh tengok sendiri bahawa bayangan itu adalah dari menara jam bersebelahan dengan Masjidil Haram. Tiada sesuatu yang pelik pun.

Kenapa kita sanggup mengandaikan sesuatu yang begitu menjelikkan seolah-olah kita menuduh sesiapa yang sedang bertawaf dan bersolat itu telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Hadis Nabi S.A.W. Begitu dangkal hujah yang dikemukakan sedemikian rupa. Tetapi ramai juga netizen yang percaya dan share posting seperti ini tanpa apa motif yang menguntungkan diri umat Islam. Wallahua’lam

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan KeluargaUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 19/3/2021
 
Kena belajar bab free mason..
Latar belakang membangunkan binaan..
Baru kita nmpak kenapa dibuat begitu..
Kat perak lambang tu nampak jelas bangunan sebelah kelab golf tiger lane
 
Hmm..

Pd aku la kan...

Binaan tu boleh merosakkan akidah umat islam ke?..ade power di sebaliknya?...

Kita sebagai org Islam dh maklum tentang salah satu rukun iman..beriman kepada hari akhirat..

Jd....mmg terang² kita meniti akhir zaman

Kalau betul binaan dibuat..kita sbgai umat islam akhir zaman kena kuatkan iman..nk runtuhkan binaan tu?..aku pun tak tahu kena buat ke...

Yg pasti bila iman kuat...mai la freemanson ka...trinity ka...pala bana ka....mmg tak lut rasanya..

Tp mcm biasa la...kita akan ada kerisauan terhadap masa dpn anak cucu kita....
 
Lambang bulan pd trademark islam tu di perkenalkan masa zaman khilafah turki

pak arab pulak pakai lambang pedang
kristian pakai lambang salib
Jews pakai lambang bintang
Mesia plak pakai lambang capal hehhe

cer pikir lojik
Penah ke tgk bulan separa mcm ni :D
1616291173168.jpeg

1616291056869.jpeg
 

Attachments

Hmm..

Pd aku la kan...

Binaan tu boleh merosakkan akidah umat islam ke?..ade power di sebaliknya?...

Kita sebagai org Islam dh maklum tentang salah satu rukun iman..beriman kepada hari akhirat..

Jd....mmg terang² kita meniti akhir zaman

Kalau betul binaan dibuat..kita sbgai umat islam akhir zaman kena kuatkan iman..nk runtuhkan binaan tu?..aku pun tak tahu kena buat ke...

Yg pasti bila iman kuat...mai la freemanson ka...trinity ka...pala bana ka....mmg tak lut rasanya..

Tp mcm biasa la...kita akan ada kerisauan terhadap masa dpn anak cucu kita....

Citer pasal iman..
Manusia ni iman dia naik turun..

So takleh sembang kemaih sangat ttg kena kuatkan iman bla bla bla..

Hehe..

So siap sedia.. Mereka akan dtng dgn cara halus bg mereka iman nya yg kuat..

Manakala yg lemah iman nya.. x dpt nk tolong..
 
Kat perak lambang tu nampak jelas bangunan sebelah kelab golf tiger lane

Diorang ni mmg tip tip dh skrng nih..

Dana ada..

Orang berkepentingan pun ada..

Lepas tu running charity event, running club , running college..

Macam².. Aku sembang sini habis sini.. :ROFLMAO:
 
Tanduk syaitan Baphomet depan Kaabah?
March 19, 2021
IMG-20210319-WA0024-696x391.jpg

KITA sebagai umat Islam jangan terlalu terpengaruh dengan cerita rekaan ataupun cerita khayalan yang dibawa oleh orang yang bukan ahli di bidangnya. Kita kena ada asas kita sebagai seorang Muslim. Setiap peristiwa yang akan berlaku di masa depan atau kejadian hari akhir zaman perlulah rujuk kepada al-Quran, Hadis dan para alim ulamak.
1616246230095.jpeg
Saya dapat mesej dari kawan yang bermati-matian mendakwa bahawa dunia sudah hampir kiamat. Tandanya, wujud tanduk syaitan di depan Kaabah seperti dalam gambar yang dikepilkan ini. Beliau percaya kerana rakan media sosial beliau turut mengulas Hadis Nabi S.A.W berkaitan dengan umat Islam yang sembahyang di antara dua tanduk syaitan. Ulasnya lagi, itulah tandanya berlaku akhir zaman di mana tuhan yang dipuja oleh orang kafir yang diberi nama Baphomet atau Diablo atau Lucifer The Satan dan sebagainya itu telah menguasai Kaabah. Manusia yang sedang solat dan tawaf hadapan Kaabah itulah yang digambarkan oleh Hadis Nabi S.A.W. Yakin betul beliau! Siap post dekat facebook lagi.

Advertisement

Saya pun kurang arif bab ini kerana bukan bidang saya. Saya nasihati dia, berkaitan dengan tafsir sesuatu Hadis yang mengatakan bahawa manusia solat antara dua tanduk syaitan itu perlu kita rujuk kepada ahli agama bukannya kita sendiri menafsirkannya.

Tafsiran yang berbentuk abstrak oleh al-Quran dan Hadis itu telah pun diperjelaskan oleh para alim ulamak yang Muktabar. Keyakinan kita tidak berganjak bahawa kiamat pasti akan berlaku, kemunculan Dajal akan berlaku, kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S juga jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis. Tiada keraguan dari sudut itu. Bila berlaku? Kita tidak mengetahui secara tepat. Tanda-tanda akhir zaman sudah wujud. Ya, semuanya telah diulas oleh para alim ulamak. Tidak boleh membuat andaian sendiri.

Saya ambil peluang bertanyakan kepada beberapa orang ustaz antaranya al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Taha, Prof. Dr. Basri Ibrahim, Prof Irwan Subri dari USIM, Ustaz Abdullah Bukhari dan beberapa orang lagi.

Apakah tafsir sebenar Hadis ini? Adakah matahari terbit pada dua tanduk syaitan? Lihat hadis dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ تُصَلُّوْا عِنْدَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَلاَ عِنْدَ غُرُوْبِهَا ؛ فَإِنَّهَا تَطْلُعُ وَتَغْرُبُ عَلَى قَرْنِ شَيْطَانٍ وَصَلُّوْا بَيْنَ ذَلِكَ مَا شِئْتُمْ

“Janganlah solat ketika matahari terbit dan janganlah solat ketika matahari tenggelam kerana ketika itu matahari terbit dan tenggelam di atas tanduk syaitan. Solatlah di antara itu semahu kamu.”

(Hadis Riwayat Abu Ya’la dalam musnadnya, 2/200 dan Al-Bazzar, 1/293/613. Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 314 mengatakan bahawa sanad Hadis ini Hasan)

Terdapat beberapa matan Hadis lain lagi yang menerangkan maksud sama seperti dalam Sahih Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan Makhluk, 3032. Terdapat khilaf ulamak dalam membahaskan mengenai dua tanduk syaitan itu. Menurut Imam Nawawi R.A, syaitan menghadap ke arah matahari ketika matahari keluar kerana menyembah matahari. Inilah pendapat yang paling kuat.

Persoalannya boleh ke tanduk syaitan itu wujud di depan Kaabah sebegitu? Sepakat para ustaz yang ditanya mengatakan, tidak. Dakwaan dan tafsiran disandarkan kepada Hadis itu adalah tidak betul sama sekali.

Jika mereka terus membuat dakwaan, maka mereka perlu membawa Dalil Naqli untuk mengesahkan dakwaannya. Tanpa dalil dakwaannya mesti ditolak. Secara akalnya kita pun boleh tengok sendiri bahawa bayangan itu adalah dari menara jam bersebelahan dengan Masjidil Haram. Tiada sesuatu yang pelik pun.

Kenapa kita sanggup mengandaikan sesuatu yang begitu menjelikkan seolah-olah kita menuduh sesiapa yang sedang bertawaf dan bersolat itu telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Hadis Nabi S.A.W. Begitu dangkal hujah yang dikemukakan sedemikian rupa. Tetapi ramai juga netizen yang percaya dan share posting seperti ini tanpa apa motif yang menguntungkan diri umat Islam. Wallahua’lam

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan KeluargaUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 19/3/2021

Sampai macam ni sekali mereka percaya
Tapi apa pun tahap keimanan setiap orang berbeza
 
Back
Top
Log in Register