BTC USD 84,713.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tandas

mosat_network

Active+ Member
Messages
3,598
Joined
Jan 13, 2011
Messages
3,598
Reaction score
398
Points
41
Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?
:((
 
Mesti tukang jaga tandas tu tercengang lepas tu :D
 
di dunia semua bayar pkai duit...di akhirat dengan pahala...bnyk2knlah beramal...
 
di dunia semua bayar pkai duit...di akhirat dengan pahala...bnyk2knlah beramal...

Untuk membuat pahala harus kenal Pencipta Pahala dan untuk mengenal Pencipta Pahala harus kenal Pembawa Pahala..moga atas keberkatan Sayyidina Muhammad Saw amal kita diterima Allah..
 
Back
Top
Log in Register