BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tandas di Beijing dilengkapi Wifi, ATM

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


BEIJING - CHINA . Sebuah syarikat di China membina tandas awam yang dilengkapi dengan kemudahan seperti Wifi dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Selain memenuhi keperluan warga tua, orang kurang upaya dan orang yang mempunyai bayi, tandas tersebut juga menyediakan kemudahan seperti Wifi, ATM, tiang untuk mengcas kereta elektrik dan mesin air layan diri.

Memetik CCTV News, tandas itu juga mempunyai sebuah bilik dan ruangan mandi untuk pekerja sanitasi tandas berkenaan dan pengguna berhampiran.

Menurut syarikat yang bertanggungjawab terhadap pembinaan tersebut, Kumpulan Kejuruteraan Kebersihan Persekitaran, tandas tersebut dinamakan "Fifth Space" (ruangan kelima) kerana menjadi ruangan kelima selepas ruangan keluarga, kerja, sosial dan siber.

Tambah syarikat itu lagi, tandas tersebut dibina untuk meningkatkan keselesaan kepada pengguna tanpa memberi beban tambahan kepada pembayar cukai.

Pembinaan tandas tersebut menjadi perdebatan dikalangan netizen di laman sosial di China.

"Saya tidak peduli dengan fungsi tambahan tandas, asalkan ia bersih," tulis @Lilyvsalin dilaman Weibo yang mendapat lebih 3,000 like.

Kemudahan tandas awam ini akan dibuka di wilayah Tongzhou, Shunyi dan Pinggu di Beijing serta daerah lain di Haiko dan Zhangjiakou.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/tandas-di-beijing-dilengkapi-wifi-atm-1.453942
 
rasanya xpayah la buat sini..yg xde wifi atm ni pun dah cas 5 kupang skali masuk..kalau letak menatang 2 tu..mahu capai 5 hinggit skali masuk
 
Kalau kat sini silap2 meletup tandas tu kena bom gara2 nak rompak atm
 
Mcm x sesuai je kalau pasang dkt sini..
Lagi mahal nak entry..
 
Ada tempat cucuk duit tu ..antara tak terima rasa buleh lg kot..walaupon negatifnya byk drp. Positif..tp yg wifi tu mcm tk kena..lebih byk negatif..salah 1 contohnya ..pasti payah nak buang ayaq besa..ramai menunggu gila turn nak masok ..pasaipa? Suma yg masok bilek kecik tu bkn nak buang ayaq besa sgt .. Tp dok surf pree internet dgn maen game online dlm tu.. :D
 
dier nak suh owg dok lame dlm tandas kot... mau berejam owg dok dlm layan tenet.. coc... dll
Ya betui tu..depa takkan taktau bangsa depa camna .. Mmg kaki games ..juara games pon ramei bangsa depa jugak .. :D
 
sonok lepak tepi tandas ye
 
lepas tu duk dalam jamban online haha
 
Back
Top
Log in Register