Mana2 bucket shop brokers akan menghadapi masalah apabila % trader yg buat profit adalah lebih besar drp % trader yg lost...dlm erti kata lain withdraw > depo.
Cuma masalah ini dpt tahu dgn cepat atau lambat bergantung kpd bagaimana urusan depo dan withdwaral di buat.
1. Bagi yg direct deal dgn broker tanpa melalui IB/LC, sudah tentu kelewatan withdrawal akan dapat dikesan dgn cepat. Secara logiknya proses TT dr broker akan mengambil masa 3 atau 4 hari tetapi jika berlaku kelewatan melebihi tempoh tersebut tanpa alasan yg betul2 kukuh, pasti ada masalah lain. So, kena mula berwaspada.
Tetapi bg trader yg menggunakan LR dan sebagainya, lebih cepat proses withdrawalnya, biasanya kurang dr 24 jam. Kalau lewat sangat...ermmm...:-?:-?
2. Bagi yg berurusan dgn IB/Local ex-changer, cepat atau lambat menghidu masalah ini bergantung kpd 2 senario;
-
Lambat atau x mungkin berlaku > apabila jumlah deposit adalah melebihi withdrawal. Kerana setiap withdrawal akan dibayar oleh pendeposit, bukan oleh broker. IB/LC hanyalah sebagai perantaraan. IB perlu membeli USD drp broker untuk memenuhi permintaan pendeposit hanya pada peringkat permulaan. Sekiranya semua IB dan traders yg bernaung dgn broker ini dlm situasi yg sama jadi disini tidak timbul masalah broker x mampu bayar traders sehinggalah berlakunya senario kedua iaitu:
-
Cepat > apabila jumlah withdrawal melebihi deposit. Apabila berlaku scenario ini, IB perlu mendahulukan cash dr duit poket mereka sementara menunggu withdrawal drp broker melalui TT dan sebagainya. Bagi IB yg tidak mempunyai modal pusingan yg banyak, kelewatan pembayaran akan berlaku sehingga IB menerima cash dr broker.
Disini akan menjadi masalah bagi IB/LC yg menawarkan rate yg tidak mengikut rate semasa pertukaran wang di bank2 tempatan. Cth, rate withdrawal yg dijanjikan ialah 3.5 sedangkan rate semasa ialah kurang dr RM3.2 bg setiap USD1. Disini IB/LC akan rugi RM300 bg setiap USD1000 yg di bayar kepada traders. Lama kelamaan IB/LC akan menghadapi defisit yg teruk.
Senario diatas hanya jika sebahagian kecil IB/LC menghadapi masalah tersebut tetapi jika semua IB yg bernaung dibawah broker ini menghadapi situasi yg sama, maka akan berlaku senario broker tidak mampu membayar trader.
Jadi disini IB/LC mempunyai first hand info sekiranya broker mempunyai masalah tersebut.
Secara kasarnya, kebelakangan ini boleh dikatakan semakin byk kita dengar broker2 tidak membayar traders berbanding dgn peringkat awal forex mula dikenali dahulu. Ini berlaku kerana, diantaranya;
1) Wujudnya semakin byk bucket shop brokers. Harap2 x jadi macam zaman HYIP dulu la.

2) Trader2 semakin matang dan berpengalaman.
3) Wujudnya komuniti2 yg membantu trader2 di bawah naungan mereka mendapat keuntungan.
4) Trader2 semakin bersatu dan membentuk kumpulan2 kecil sendiri berbanding dgn trade secara individu sebelumnya, jadi disini trader dpt berkongsi pendapat dan juga membantu dr sedi moral dan emosi.
BUCKET SHOP BROKER - byk ciri2 yg trader blh tahu samaada broker itu bucket shop broker atau tidak. Regulated masih lagi tidak menjamin bahawa mrk bukan bucket shop broker. Senang ckp bucket shop broker akan buat apa shj utk memastikan trader lost atau paling tidak susah untuk buat profit. Pastikan anda ambil SS trade dan history anda setiap hari, ianya mungkin berguna suatu hari. Tunggu pendedahannya di thread lain apabila sampai masanya.
p/s : Maaf andainya pendapat aku ini tidak tepat atau mengguris mana2 pihak, just my 1 cent opinion.