pajamada
Active+ Member

- Messages
- 2,978
- Joined
- Apr 19, 2011
- Messages
- 2,978
- Reaction score
- 1,318
- Points
- 106
TANDA HARTA YANG BERKAT
Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahuwajha ada meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda
“Apabila Allah Taala tidak memberkati harta seseorang manusia itu, ia dapat dilihat bagaimana harta itu dihabiskan seumpama manakung air di tanah. Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan sekalipun”.
Perkataan air dan tanah pada hadis di atas lebih merujuk kepada perbuatan membina rumah sebagai tempat tinggal. Rasulullah S.A.W tidak melarang umatnya membina rumah tetapi jangan melampaui batas. Sebagai contoh seorang yang berpendapatan rendah tetapi membina rumah melebihi kemampuannya. Lebih menyedihkan lagi apabila membina rumah dengan niat menunjuk-nunjuk.
Tidak ada gunanya kalau memiliki rumah yang besar bagaikan istana tetapi pemiliknya bersifat sombong dan angkuh. Sifat sebegini seharusnya dijauhi oleh kita semua. Kenapa? Harta yang kita miliki tidak kekal dan kita akan tinggalkan begitu sahaja selepas kita memejamkan mata.
Bayangkan jika ianya besar dan indah sahaja tanpa apa-apa tujuan yang bersifat rohani dan pendidikan maka ia dikuatiri tidak akan membantu pemiliknya di akirat nanti. Pada masa itu tidak ada gunanya penyesalan.
Ingat matlamat utama kita mencari rezeki adalah untuk mendapat berkat daripada Allah. Berkat disini bermaksud apa sahaja yang dicari demi kebaikan didunia dan menjadi bekalan di akirat nanti. Disini perlu ditekankan ialah keseimbangan diantara dunia dan akirat.
Salah satu petanda harta yang kita miliki tidak berkat adalah:
• Dibelanjakan harta tersebut ke jalan yang sia-sia
• Harta kita di bazirkan begitu sahaja
• Harta yang dimiliki tidak mendatangkan manfaat kepada orang lain
Manakala harta yang berkat pula:
• Harta yang dimiliki dibelanjakan pada jalan yang betul dan bermanfaat.
• Pemilik harta tidak berasa membazir jika dibelanjakan pada jalan yang betul
• Harta yang dibelanjakan mampu mengembirakan orang lain.
Selain harta benda yang sangat dikejar oleh semua orang terdapat satu harta yang sangat berharga dan kebanyakkan orang tidak mengunakannya iaitu ILMU. Cuba kita bayangkan kalau kita tidak memeliki ilmu bagaimana kita nak berhadapan dengan orang lain mahupun menguruskan diri kita sendiri? Oleh itu ilmu adalah harta yang sangat berharga.
Agama islam mewajibkan umatnya supaya menuntut sebanyak mana ilmu yang boleh. Kerana apa? Ilmu bukan sahaja berguna pada diri sendiri tetapi berguna juga kepada orang lain. Paling merugikan bagi mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmu yang dia miliki dengan sebaik-baiknya.
Maksudnya disini jika kita tidak sampaukan ilmu yang kita miliki kepada orang lain maka ilmu tersebut akan hilang begitu sahaja. “satu ilmu yang disampaikan kepada orang lain maka Allah akan mengantikan sepuluh ilmu baru kepada orang yang menyampaikan ilmu tersebut”.
Cuba kita bayangkankan sekejap.......
Apabila pemilik ilmu meninggal dunia maka terkuburlah ilmunya sekiranya pemilik ilmu tersebut tidak sampaikan kepada orang lain. Pada masa itu akan menyesal tidak ada gunanya. Masa masih ada jom kita berubah.
Suhuf Ibrahim ada menyebutkan:
Orang yang berakal harus mempunyai tiga waktu yang perlu dimanfaatkan:-
1- Satu waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya
2- Bermunasabah mengenai diri sendiri
3- Masa untuk menikmati kesenangan-kesenangan dunia yang halal bagi dirinya kerana waktu yang terakhir ini akan membantu pelaksanaan waktu yang lain.
Firman Allah Taala surah Al-A’raf ayat 164 yang membawa maksud:
“dan ingatlah ketika suatu umat di antara kamu berkata ‘ Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang amat keras’. Menreka menjawab, ‘ Supaya kami mempunyai alasan terlepas tanggungjawab kepada Tuhanmu dan agar mereka bertakwa”.
Maksud ayat di atas betapa besarnya peranan orang yang berilmu kepada masyarakat. Mereka boleh sampaikan ilmu kepada mereka yang tidak mengetahui supaya mendapat ilmu untuk berubah. Tidak kira ilmu apa pun asalkan mampu digunakan untuk meneruskan kehidupan di dunia mahupun di akirat.