BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,184.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanda 100 hari sebelum hari mati

huhuhu salam tuan... apa masalahnye pi kelab malam tuan? kalau betul mau menguji iman, pi lah....Allah berade dimana2... bahkan di dalam gereja pun... so apa ade hal kalau Die ade kat mana2.. Aku takkan lupa org yang tidak melupakan Aku... so? redah je lah.. kalau niat nak uji iman lah..kalau niat nak pi kelab nak pi mabuk2, nak main pompuan sana sini, hentikan je lah.. tapi kalau niat mau uji, pi lah masuk, mintak air suam, duduk lah, kalau g best tarik org2 yang tgh menari tu.. sembang pasal agama..fuh!!! mesti mantap iman...saya ni ubun2 lembut ek, tak salah kan beri pandangan..kalau ahamba salah, maaf diulur dr hujung ke hujung...

hehe... tp skrg ni mana org berniat nak buat camtu??? Niat nak buang iman kat dada adelah... :p
:)cgrock
 
haiii.....

tp nape tiru thread abas aa....

engko nie jahat la....

kesianla kat die....

nanti tak de sape lyn thread die....

ko ni.....
 
huhuhu salam tuan... apa masalahnye pi kelab malam tuan? kalau betul mau menguji iman, pi lah....Allah berade dimana2... bahkan di dalam gereja pun... so apa ade hal kalau Die ade kat mana2.. Aku takkan lupa org yang tidak melupakan Aku... so? redah je lah.. kalau niat nak uji iman lah..kalau niat nak pi kelab nak pi mabuk2, nak main pompuan sana sini, hentikan je lah.. tapi kalau niat mau uji, pi lah masuk, mintak air suam, duduk lah, kalau g best tarik org2 yang tgh menari tu.. sembang pasal agama..fuh!!! mesti mantap iman...saya ni ubun2 lembut ek, tak salah kan beri pandangan..kalau ahamba salah, maaf diulur dr hujung ke hujung...

Betul juga tu.....TAPI kalau awal-awal lagi kita rasa akan kecundang, maka haram bagi kita gi kat sana.....:D
 
Betul juga tu.....TAPI kalau awal-awal lagi kita rasa akan kecundang, maka haram bagi kita gi kat sana.....:D

yezzzaaaaaaa...... ha camtulah nak test iman... kalau takat join ngan org2 pakai kopiah, pakai jubah, susah lah nak test iman..tapi ingat, aku tak kate salah kalau join org yang berjubah, berkopiah, memang byk yang kite akan belajar ngan mereka... tapi kalau join ngan penyangak, perompak, penjahat, kaki pompuan, kaki minum, kaki pukul, kaki kencing, ha baru lah tau can go or not iman ni...

ubun2 lembut, salah lempangkan...
 
Tanda Sebelum Mati

Dah ada thread nie rupanyer.....
 
Last edited:
PERBANDINGAN FAHAMAN FEKAH DENGAN FAHAMAN ILMU MAKRIFAT TENTANG SAKITNYA SAKARATUL MAUT

Gambaran Feqah yang mengatakan sakit teramat-amat sakit semasa sakaratul maut itu seumpama tersiatnya kulit kambing. Inilah gambaran Feqah dikala sakaratul maut. Pada pandangan ilmu makrifat, sakaratul maut itu tidak sakit sebagaimana tidak sakitnya kita tidur. (tidakkah mati itu saudaranya tidur). Sebagaimana tidur sebegitulah mati...

Tidak ada orang mati di hospital yang meronta2 atau meraung-raung semasa nak mati (baik islam mahu pun orang kafir), tidak ada yang menjerit2 sakit semasa nak mati. Cuba lihat kematian di katil2 hospital, misi dan doktor depan mata pun tak tahu mereka mati...

Tahu2 nadi dan nafasnya berhenti. Tidak ada memekik2, meraung2, atau meronta2 semasa datangnya sakaratul maut. kalau pun ada yang meronta, itu adalah orang yang mati kerana terkena sawan (sawan babi)...

Bermaknanya di sini, mati itu tidak sakit. Yang dimaksudkan seperti tersiatnya kulit kambing itu, menurut suluhan ilmu makrifat ianya bukan menggambarkan sakit! Tetapi menggambarkan suruh kita tinggal dunia (tinggalkan sifat keakuan diri), suruh kita tinggal anggota yang tujuh...

Yang dimaksudkan kulit itu bukan menggambarkan sakit tetapi mengambarkan supaya kita meninggalkan apa2 yang ada pada kita. Apa2 yang ada pada kita itu hendaklah kita kembalikan kepada Allah Taala. Jangan lagi semasa nak mati pun (semasa sakaratul maut) kita masih lagi ingatkan bini cantik, masih lagi nak berkira2 wang dalam bank, masih lagi nak berkira2 kereta mewah atau rumah besar. Itu semua adalah seumpama kulit! (itu semua harta dunia). Tinggalkan semua kulit dunia itu, marilah kita kembali kepada Allah dengan membawa isinya…

Iaitu membawa ilmu, membawa iman, membawa makrifat, membawa hanya semata2 Allah Taala dan jangan sekali2 membawa feqah. Kalau membawa feqah ertinya kita mati dengan tidak menanggalkan kulit. Mari kita mati dengan keadaan menanggalkan kulit (menanggalkan sifat keberadaan diri).

Telanjangkan tubuh kita dengan dunia. mari kita kembali bawa ilmu dan bawa Allah Taala (bawa isinya). Fahaman serta tafsiran feqah memang berbeza dengan fahaman ilmu makrifat. Feqah menyuluh tersiatnya kulit dengan gambaran pedih, sakit, ngeri dan seksa. Sebaliknya matinya orang mengenal Allah itu adalah seumpama sebagaimana kita hendak tidur yang tidak ada apa2 rasa, tahu2 kita sudah pun berpindah alam dari berkeadaan karam berubah kembali menjadi masin…

Tidak ada orang mati di hospital dari kakinya terkangkang menjadi bercantum atau kakinya bersilang! Feqah menggambarkan sakitnya mati (sakitnya sakaratul maut) itu sehingga kaki yang terkangkang akan menjadi satu (berlaga, bercantum dan rapat)...

Cuba tanya doktor berapa orang yang mati kakinya bersilang dua menjadi satu? Adapun mengikut suluhan makrifat bukanlah menunjukkan anggota kaku dari terkangkang menjadi bersilang. Yang dimaksudkan dua belah kaki berlaga (bercantum atau bertemu) menjadi satu adalah bagi menggambarkan kepada kita bahawa erti kaki itu adalah bermaksud pendirian kita, iktikad kita, atau menggambarkan pegangan kita kepada Allah itu, jangan sampai berdua lagi...

Hendaklah putus iktikad kita daripada sifat keakuan kepada sifat penyerahan diri kepada Allah. Daripada menduakan sifat Allah kepada menjadi SATU (biar Allah sahaja yang wujud, ujud dan maujud)...

Jangan ada lagi sifat gagahnya aku, kayanya aku, besarnya aku dan ujudnya aku. Jangan lagi terlihat cantik aku, kaya aku, hebat aku, kuat aku, lebih aku. masa kita nak mati (masa sakaratul maut) jangan ada lagi sifat2 kita. Mari kita sama-sama serahkan segala sifat syirik (sifat menduakan wujud Allah) supaya nampak menjadi satu iaitu biar yang ujud hanya Allah (yang ada hanya Allah)...

Itulah fahaman dari sudut kaca mata ilmu makrifat dalam mentafsirkan maksud “kaki bercantum menjadi satu” di ketika sakaratul maut...
 
Back
Top
Log in Register