balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Seorang peserta memasang tanda nama di pokok kurma ajwa yang dibelinya di Kampung Parit Haji Adenan, Pekan Nanas.
PONTIAN - Pembukaan dua ladang kurma seluas 1.64 hektar oleh Syarikat Kurma Empire Agro Farm, dilihat berjaya mengubah persepsi mengenai tanaman itu, seterusnya membuka peluang kepada pekebun untuk memilih menjadikan kurma tanaman sampingan boleh dikomersialkan.
Pengasas syarikat berkenaan, Mohd Rozaman Yahya berkata, tanaman kurma itu diusahakan menerusi konsep ladang kontrak untuk memberi peluang pekebun meraih pendapatan tambahan.
Katanya, tanaman kurma juga dapat membantu pekebun memandangkan harga komoditi utama seperti kelapa sawit dan getah tidak menentu di pasaran.
“Pokok kurma boleh dibeli dengan harga serendah RM850 memerlukan penjagaan rapi. Justeru kami menawarkan peluang kepada orang ramai untuk turut serta.
“Ladang kontrak yang pertama diperkenalkan di Kampung Maju Jaya telah berjaya, apabila sebanyak 150 pokok kurma telah dibeli oleh pembeli,” katanya.
Sementara itu, bagi pekebun yang ditemui, Hairuddin Adam, 56, berkata, dia berminat menyertai program ladang kurma kontrak terbabit kerana tertarik dengan cara penanaman kurma diusahakan.
Dia yang juga peneroka Felda Bukit Batu Kulai berkata, dia sudah membeli tiga pokok kurma ajwa untuk masa depan keluarga dan anak-anaknya.
Jelasnya, sebagai pekebun dia perlu bijak membuat pelaburan dengan mencari pendapatan tambahan memandangkan harga komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit tidak menentu di pasaran.
Seorang lagi pembeli, Ajman Surip, 47, dari Taman Kota Masai, Pasir Gudang berkata, dia cukup teruja untuk turut serta dalam program ladang kontrak tersebut kerana tanaman kurma amat sukar diusahakan di negara ini.
“Saya membeli dua pokok besar dan sepokok kecil kurma ajwa dikongsi bersama isteri. Kami amat berminat dengan tanaman yang cukup terkenal di negara padang pasir ini.
“Saya akan singgah apabila balik kampung dan tidak sabar untuk melihat perkembangan pokok kurma ajwa ini," katanya.
sumber;http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tanaman-kurma-jana-pendapatan-1.560626