BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanah rizab kereta api dilepas kepada Perak

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini bersetuju tanah rizab kereta api di antara Taiping ke Kuala Sepetang seluas 94.5 hektar dilepaskan kepada Kerajaan Negeri Perak, demikian diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk membuat pembayaran kira-kira RM38 juta kepada Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Keretapi, pentadbir tanah terbabit.

"Keputusan ini diambil kerana tanah berkenaan tidak lagi digunakan untuk tujuan operasi keretapi sejak 1941," kata Ong kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan pasca Kabinet kementerian itu di sini.

Selain 643 unit keluarga setinggan, Ong berkata terdapat 131 unit bangunan kosong dan 12 unit bangunan rumah ibadat di tanah itu.

"Di dalam rundingan antara Perbadanan Aset Keretapi dan Kerajaan Negeri, tanah rizab itu pada awalnya ingin ditukar ganti dengan tanah yang baru tetapi penggantian tanah berkenaan sukar dibuat kerana ketiadaan lokasi yang sesuai.

"Kerajaan Perak kemudiannya mengesyorkan supaya tanah rizab itu diserahkan kepada kerajaan negeri dengan satu pembayaran munasabah mengikut perlembagaan," katanya.

Ong berkata, kemelut tanah ini bermula tanpa sebarang penyelesaian semenjak sebelum Perang Dunia Kedua lagi dan kini ia dapat selesaikan.

"Malah isu ini pernah dibangkitkan semasa pilihan raya kecil Bukit Gantang April tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, melalui pelepasan tanah ini, Kerajaan Perak bukan saja dapat mengatasi masalah perumahan rakyat di situ tetapi juga dapat membangunkan dan memelihara satu daripada tapak bersejarah di negeri itu. - Bernama
 
tu la untungnya zambry menang
sebab putrajaya akan sokong zambry
 
Back
Top
Log in Register