BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tambah cawangan konsep digital

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

(Dari kiri) Raja Teh Maimunah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong, Tan Kong Khoon ketika pelancaran cawangan konsep digital HLIB yang pertama di Cyberjaya.


HONG Leong Islamic Bank (HLIB) bakal membuka dua lagi cawangan konsep digital sepanjang tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLIB,Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata,cawangan konsep digital keduabakal dibuka antaratiga hingga empat bulan lagi diLembah Klang.

“Manakala satu lagi kemungkinan pada suku ketiga tahun ini.

“Setakat ini, kami mempunyai sembilan cawangan dan dijangka menukarkan kesemua cawangan sedia ada kepada konsep digital pada masa akan datang secara berperingkat,” katanya selepas pelancaran cawangan konsep digital HLIB yang pertama di Cyberjaya, semalam.

Menurutnya, membuka cawangan memerlukan modal lebih sedikit berbanding cawangan tradisional, maka bank itu hanya akan membuka cawangan dengan konsep berkenaan pada masa akan datang.

Pada masa sama, Raja Teh Maimunah berkata, impian HLIB adalah bagi memberi kemudahan kepada pelanggan.

Pada Mac tahun lalu, HLIB memperkenalkan pembayaran Ekspres (PEX) iaitu pembayaran tanpa menggunakan kad dan hanya menerusi telefon pintar walaupun bukan pemegang akaun HLIB.

“Sasaran PEX adalah kepada peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memudahkan mereka menerima dan membuat pembayaran.

“Sejak diperkenalkan kami juga mencatatkan pertumbuhan 62 peratus bagi PEX sahaja,” katanya.

Cawangan konsep digital menawarkan teknologi layan diri kepada pelanggan yang inginkan pengalaman perbankan mudah dan cepat.

Anak syarikat Hong Leong Bank Berhaditu ditubuhkan pada 2005 dan sehingga kini mempunyai lebih 800, 000 pelanggan sedia ada.
 
Back
Top
Log in Register