BTC USD 82,312.5 Gold USD 4,167.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Talian syariah

abgmie

Active+ Member
Messages
4,531
Paid Membership
Joined
Nov 5, 2009
Messages
4,531
Reaction score
220
Points
33
pix_middle.jpg

HALAL...Kamshul menunjukkan kad prabayar Salamfone.

SALAMFONE Sdn Bhd (Salamfone), pemain industri telekomunikasi terbaru negara, melakar sejarah tersendiri apabila memperkenalkan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih prabayar berasaskan syariah pertama di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamshul Kasim berkata, pihaknya yakin Salamfone diterima baik masyarakat Islam di negara ini yang semakin cenderung mengamalkan cara hidup mematuhi tuntutan agama.

“Salamfone percaya sudah tiba masanya untuk mewujudkan perkhidmatan telefon mudah alih berasaskan syariah yang relevan dengan masyarakat Islam di negara ini dan kami sememangnya serius mengenainya.

“Oleh itu, kami pastikan model perniagaan kami membabitkan pelaburan yang ditambah nilai dan perkongsian perniagaan yang 100 peratus halal. Dengan cara ini, kami bukan hanya memelihara integriti jenama Salamfone, malah membuktikan kepada semua betapa seriusnya kami mengikut prinsip Islam sebenar, bukan semata-mata menjual produk,” katanya kepada media bagi memperkenalkan Salamfone menggunakan nombor bermula 0106 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan mampu menyediakan perkhidmatan ke seluruh negara menjelang akhir tahun.

“Buat masa ini, perkhidmatan Salamfone boleh didapati di Terengganu sejak 29 Mac lalu, Kelantan (2 April) dan Kedah (4 April). Perkhidmatan di ibu negara dimulakan selepas majlis pelancarannya malam ini (semalam) dan menjelang akhir tahun kami yakin mampu menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia,” katanya.

Menurutnya, antara perkhidmatan ditawarkan termasuk Infaq iaitu satu sen didermakan Salamfone kepada rumah kebajikan setiap kali pelanggan membuat panggilan.

apa komen cgrians...tambahan lagi operator pengendali talian mudah alih...kalo benar bagai dikata...yg warna merah tu abgmie sokong 100%...guna sambil menderma :)cgrock
 
so far, telco mane yg xscam pengguna?
 
pix_middle.jpg

HALAL...Kamshul menunjukkan kad prabayar Salamfone.



“Oleh itu, kami pastikan model perniagaan kami membabitkan pelaburan yang ditambah nilai dan perkongsian perniagaan yang 100 peratus halal. Dengan cara ini, kami bukan hanya memelihara integriti jenama Salamfone, malah membuktikan kepada semua betapa seriusnya kami mengikut prinsip Islam sebenar, bukan semata-mata menjual produk,” katanya kepada media bagi memperkenalkan Salamfone menggunakan nombor bermula 0106 di Kuala Lumpur, semalam.

Salaam,...komen saya begini...

Sekadar mohon penjelasan...
bagi link pun takper..

Apa yg dimaksudkan dgn HALAL tu...?
Kad PraBayar yg lain, HARAM ker...?


Adakah melalui kaedah perkongsian
pelaburan SAHAJA, maka ia dikategori sbg lulus syariah..?
Atau ada kriteria LAIN yg tidak disebut diatas...?
Apa yg menyebabkan syarikat ini mendakwa PraBayar nya
berlandaskan syariah...?


Sekian komen(pertanyaan)...
 
kalau kat TM..
010 tu untuk CDMA mobile (analog)..

adakah 010 ini juga sama?..
 
point2 yg bagus....kena rujuk dgn CEO Salamfone nie...hehe...
 
Back
Top
Log in Register