soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Prof Madya Dr Azlan Shaiful Baharum
Betapa terujanya kita semua pada masa ini. Menjelang beberapa hari lagi kita akan menjengah ke bulan yang penuh dengan kemuliaan, keagungan dan keistimewaan yang dinantikan oleh seluruh umat Nabi Muhammad SAW. Perkara ini tidak diperoleh oleh umat lain sebelum ini. Walaupun mereka berpuasa, tetapi pelaksanaan dan ganjarannya tidak sama seperti yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Ramadan satu bulan yang sangat berbeza, sarat dengan amalan yang penuh barakah, bulan turunnya kitab suci al-Quran dari Luh Mahfuz ke langit dunia seterusnya kepada Rasulullah SAW, bulan yang sarat dengan keampunan dan limpahan ganjaran pahala yang berlipat ganda yang tiada pada bulan-bulan yang lain.
Allah SWT memerintahkan umatnya yang beriman tentang kewajipan menahan diri luaran dan dalaman melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Ayat ini jelas tertumpu kepada seruan kepada orang yang beriman, bukan hanya orang Islam semata-mata kerana keimanan seseoranglah yang membawa kepada kekuatannya untuk menahan lapar dan dahaga sebulan dalam bulan Ramadan. Iman adalah faktor utama yang cukup ampuh dan penting yang menyebabkan kita sanggup meninggalkan segala kelazatan dunia, hawa nafsu dan perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Apakah puncanya ia boleh jadi begitu? Ini disebabkan oleh matlamat atau KPI yang ditetapkan oleh Allah SWT iaitu ketakwaan yang mutlak pada hujung Ramadan.