BTC USD 84,710.3 Gold USD 4,178.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Takutlah Allah...

cloud10

Active+ Member
Messages
4,288
Joined
Dec 10, 2008
Messages
4,288
Reaction score
31
Points
30
Jika kepada harimau kita takut, mengapa kepada Allah yang mencipta harimau kita tidak takut. Jikalau kepada ribut dan taufan kita cemas, mengapa kepada Tuhan yang menguasai ribut dan taufan itu kita tidak cemas. Di musim kemarau kita mangharapkan hujan. Kenapa kepada Allah yang menurunkan hujan itu kita tidak mengharap. Kta merasa ngeri mendengar wabak JE telah menular, mengapa kita tidak merasa ngeri dengan Allah yang menciptakan wabak itu. Kita terkejut ketika kilat dan petir sabung menyabung. Kenapa kita tidak terkejut dan gementar kerana letusan kutukan Allah kepada manusia durjana di dalam Al Quran ? Firman Allah: "Dan biarpun dengan Al Quran itu gunung-gunung itu digerakkan, atau bumi dapat dibelah, atau orang-orang yang mati dapat berbicara. (Mereka tidak akan mempercayai). Urusan seluruhnya kepunyaan Allah." (Ar Ra'd : 31) Manusia sangat takutkan kepada gempa bumi, mengapa manusia tidak takut kepada Allah yang menggoncangkan bumi sehingga terjadi gempa. Manusia takut kepada panas tetapi kenapa manusia tidak takut kepada Allah yang menyediakan azab yang amat panas dan dahsyat. Manusia sering takut kepada sesuatu yang tidak patut ditakuti. Manusia takut kepada hantu sedangkan hantu itu, tahinya pun tidak ada, apalagi tubuhnya, tentu jauh sekali. Firman Allah : "Jangan kamu takut kepada manusia, takutlah kepada aku" (Al Maidah : 44) Kamu takut akan masa hadapan kamu, takut jadi miskin, takut jadi papa sedangkan hidup kamu belum pasti akan memanjang sampai lusa. Berapa ramai manusia yang merasa hidupnya panjang, tiba-tiba mati. Jadi mengapa kamu tidak takutkan Allah yang menjadikan hidup dan mati. Mati tidak perlu ditakuti kerana mati merupakan salah satu daripada tabi'ie manusia sama seperti manusia dilahirkan. Cuma bezanya manusia lahir keluar dari rahim ibu ke dunia. Manakala mati pula manusia keluar dari alam dunia ke alam akhirat. Oleh itu janganlah anda takut kerana Allah sentiasa bersama anda di mana sahaja anda berada. Firman Allah: "Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada." (Al Hadid : 4) Orang yang beriman tidak takut kepada segala sesuatu melainkan Allah. Hati mereka aman dan tenteram hanya dengan mengingati Allah. Firman Allah : "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Ar Ra'd : 28)
 
sesungguhnya allah itu menyediakan azab yg lebih dasyat dari azab di dunia...
 
Takutlah pada Allah
Jangan takut pada ciptaannya...
Meminta harap dari Nya
kerna Dia yg memberi...
 
Back
Top
Log in Register